Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf kepada peminat yang kecewa kerana tindakannya yang menolak permintaan untuk bergambar dan merakam video ketika bertemu di Alor Setar, Kedah.
Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana kesihatannya belum pulih sepenuhnya.
Bimbang keputusannya disalah erti, Ezzanie memberitahu bahawa ia bukanlah kerana sikap kurang mesra, sebaliknya keadaannya yang masih belum pulih dan wajahnya masih membengkak.
“Sorry tau orang Aloq Staq, kami bukan berlagak takmau buat video ka ambik gambaq, tapi kami baru lepas accident kan, kami singgah mai makan ja. Rupa pun tengah buruk. Sorry hampa tau.”
Hantaran permohonan maaf Ezzanie itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuklah ada yang mendoakan agar keadaannya kembali pulih dengan segera.
“Get well soon dear. Takpa aih, oghang aloq staq paham.”
“Tanjat semalam jumpa kat warung cendol. Btw get well soon.”
“OMG dah discharged ke? Get well soon.”
Untuk rekod, Ezzanie Jasny dan ibu bapanya telah menghadapi satu kemalangan jalan raya yang serius baru-baru ini.
Foto – @ezzaniejasny (IG)Menerusi platform Instagram, Ezzanie mendedahkan bahawa dia telah dirawat di zon kritikal kerana mengalami pendarahan di tengkorak dan mengalami bengkak di bahagian wajah. Manakala ibu bapanya hanya mengalami sedikit lebam di bahagian badan.

1 month ago
68


![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)








![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)