STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

3 hours ago 6

Berita baik buat jutaan rakyat Malaysia apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bakal mula disalurkan bermula esok iaitu 20 Januari ini, dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM1.1 bilion.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Siapa Yang Akan Terima STR Fasa 1?

Bagi penerima yang layak, STR Fasa 1 disalurkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, termasuk golongan miskin serta miskin tegar yang berdaftar di bawah pangkalan data eKasih.

May be an image of text that says "無 KEWANGAN SUMBANGAN ΤυΝΑ RAHMAH Penerima STR akan menerima bayaran sehingga RM500 STR Fasa 1 pada 20 JANUARI 2026 PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2026 OLEH YAB PERDANA MENTERI 5 JANUARI 2026"Via Facebook rasmi Kemeterian Kewangan

Langkah ini sekali gus memastikan bantuan kewangan dapat dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan, terutamanya pada awal tahun.

STR & SARA Disusun Semula, Lebih Tersasar

Dalam masa sama, kerajaan turut menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini agar bantuan dapat disalurkan secara lebih teratur dan berkesan.

“Selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan inisiatif ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup secara lebih berkesan, kerajaan menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini” menurut kenyataan MOF.

Di bawah penambahbaikan ini, lebih lapan juta rakyat layak menerima SARA secara bulanan, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar, menjadikan SARA sebagai sokongan asas berterusan untuk menampung kos sara hidup harian.

Peruntukan RM15 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah

Sementara itu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan peruntukan keseluruhan bagi STR dan SARA tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, sekali gus kekal sebagai yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

“Kerangka Ekonomi MADANI mendambakan lantai kehidupan rakyat dinaikkan agar semua mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” katanya.

Pendekatan ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Permohonan & Rayuan Dibuka Sepanjang Tahun

Bagi mengurangkan risiko keciciran, permohonan baharu dan rayuan STR dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Murai ingtakan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan. MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |