Malaysia membuka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan momentum yang sangat menggalakkan. Data terbaru daripada Trip.com mendedahkan negara kita kini menjadi pilihan utama pelancong antarabangsa merupakan satu perkembangan yang memang patut dibanggakan!
Berdasarkan tempahan suku pertama 2026, Malaysia tersenarai sebagai antara 5 destinasi luar negara utama bagi pelancong dari Asia Tenggara dan China, dan turut menjadi salah satu destinasi utama bagi pelancong dari Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan.
via @trip.comTidak cukup dengan itu, Kuala Lumpur juga menduduki tempat ke-8 dalam senarai bandar raya paling popular di dunia, sejajar dengan Tokyo, Seoul dan Bangkok.
“Melihat momentum Malaysia yang semakin kukuh sebagai destinasi pilihan bagi para pelancong dari dalam dan luar Asia merupakan satu perkembangan yang amat menggalakkan,” kata Cik Stephane Thong, Pengurus Besar Trip.com Malaysia.
“Daripada bandar raya yang bertenaga, keindahan alam semula jadi, kepada tarikan mesra keluarga dan kekayaan budaya, Malaysia memang ada pelbagai tarikan untuk semua jenis pelancong. Trip.com akan terus memaparkan semua tawaran negara ini bagi menyokong VM2026 dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ini.”
Jejak Kembara Rakyat Malaysia Pada Awal 2026
Data Trip.com menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar perjalanan serantau dan jarak dekat. Penerbangan antara 2,000 hingga 5,000 km serta kurang daripada 2,000 km mendominasi tempahan pada awal tahun ini.
Di dalam negara, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuching dan Johor Bahru adalah bandar raya paling popular. Manakala destinasi luar negara yang paling diminati rakyat Malaysia termasuk China, Singapura, Jepun, Thailand dan Indonesia.
Golongan milenial kekal menjadi pelancong terbesar, menyumbang lebih 51% daripada jumlah tempahan, mengatasi generasi Gen X (24%) dan Gen Z (21%). Ini menunjukkan rakyat Malaysia kini lebih suka pengalaman yang dinamik, mesra sosial dan mengasyikkan.
Taman Tema Jadi Tarikan Utama
via @trip.comSelain perjalanan biasa, rakyat Malaysia juga mencari pengalaman menyeronokkan yang mesra keluarga. Tempahan untuk taman tema mencatatkan permintaan yang tinggi.
Beberapa tarikan antarabangsa menjadi pilihan utama pelancong, dan di dalam negara, Genting SkyWorlds, Sunway Lagoon dan Skytropolis Indoor Theme Park menonjol sebagai destinasi paling digemari pada 2026. Jadi, kalau kalian plan bercuti dengan keluarga, taman tema ini memang tak boleh dilepaskan!
Trip.com -Serba Lengkap Untuk Pelancong
Trip.com kini menawarkan lebih 300,000 jenis aktiviti, tarikan, lawatan dan pengangkutan merentasi lebih 200 negara dan rantau dalam lebih 24 bahasa. Pelancong juga boleh menjamu selera melalui Trip.Gourmet dan menikmati pengalaman budaya di destinasi pilihan. Semua ini boleh ditempah terus melalui aplikasi Trip.com dalam bahasa dan mata wang pilihan masing-masing.
Tahun lalu, Trip.com turut bekerjasama dengan Live Nation untuk mempromosikan kembara konsert, sekali gus menjadikan platform ini sebagai solusi perjalanan serba lengkap untuk pengembara global.
Perhatian: Semua trend yang dipaparkan adalah berdasarkan tempahan Trip.com antara 1 Januari hingga 31 Mac 2026.
Kesimpulan
Jadi, kalau kalian masih mencari destinasi untuk short trip atau bercuti awal tahun, Malaysia memang pilihan tepat! Dari bandar raya bertenaga hingga ke taman tema mesra keluarga, dari keindahan alam semula jadi hingga pengalaman budaya, semuanya menanti untuk diterokai.
Jom rancang perjalanan kalian! Nikmati keseronokan di taman tema, jalan santai di bandar raya, atau jelajah destinasi luar negara yang popular semua boleh ditempah mudah melalui Trip.com. Tahun 2026 memang tahun yang sesuai untuk melawat, mencipta kenangan dan menikmati pengalaman travel yang unik.

1 day ago
10








![[VIDEO] Healing Bersama Keluarga di D’Kelulut Campsite, Port Tenang Yang Ramai Tak Tahu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/camping.webp)









![[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2-4-1.webp)

















![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)

![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] Selamba Lepas Angin, Gelagat Leona Buat Ramai Terhibur- “Tak Boleh Tahan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/1-10.jpg)

![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)




