AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan kecil-kecil, ia secara rasmi menyatukan semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah satu platform. Untuk mudahkan anda faham, ini tiga perkara penting tentang perubahan besar ini.
1. Semua AirAsia Kini Disatukan
Dengan konsolidasi ini, semua operasi penerbangan berjenama AirAsia kini duduk di bawah satu kumpulan iaitu AirAsia Group. Ini menjadikan cara kerja lebih kemas, keputusan lebih cepat dan keseluruhan sistem lebih fokus.
Capital A pula boleh beri perhatian penuh kepada bisnes bukan penerbangan seperti digital services dan logistik. Secara praktikalnya, AirAsia kini kembali kepada asas, terbang dan mengurus rangkaian penerbangan dengan lebih tersusun.

2. AirAsia X Kini Lebih Kukuh Dari Segi Kewangan
Pengambilalihan ini turut melibatkan pergerakan kewangan besar. AirAsiaX menerbitkan lebih 2.3 bilion saham kepada Capital A serta pemegang sahamnya, dan 606 juta saham lagi kepada pelabur luar. Selain itu, AirAsiaX mengambil alih hutang RM3.8 bilion yang sebelum ini ditanggung Capital A terhadap AAB.
Semua saham baru ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 19 Januari 2026. Dengan struktur baharu ini, AirAsiaX mempunyai asas kewangan yang lebih kuat untuk bergerak ke hadapan.
3. Bersedia Untuk Terbang Lebih Jauh
Dengan semuanya kini berada di bawah satu bumbung, AirAsiaX sudah pun merancang langkah seterusnya. Mereka sedang memuktamadkan tempahan pesawat baharu untuk mengembangkan rangkaian jarak jauh. Fokusnya adalah mudah, sambungkan ASEAN ke dunia dan dunia ke ASEAN, sambil mengekalkan model kos rendah yang menjadi identiti AirAsia.

Dengan operasi yang lebih stabil dan rangkaian lebih besar, AirAsia X jelas berada dalam mod ‘comeback’.
Pendek kata, penggabungan ini menjadikan AirAsiaX lebih tersusun, lebih stabil dan lebih bersedia untuk berkembang. Selepas beberapa tahun penuh cabaran, ini tanda bahawa AirAsia X sedang membuka lembaran baharu dan mereka mahu terbang lebih tinggi daripada sebelum ini.

8 hours ago
7








![[VIDEO] Healing Bersama Keluarga di D’Kelulut Campsite, Port Tenang Yang Ramai Tak Tahu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/camping.webp)









![[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2-4-1.webp)

















![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)

![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] Selamba Lepas Angin, Gelagat Leona Buat Ramai Terhibur- “Tak Boleh Tahan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/1-10.jpg)

![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)




