Zizi Kirana Mohon Orang Ramai Fokus Tentang Palestin Daripada Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain

5 hours ago 5

Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana memohon orang ramai untuk memberikan fokus terhadap isu Palestin yang lebih penting daripada masuk campur dan memberikan komen mengenai rumah tangga orang lain di media sosial.

Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil menerusi hantaran di Thread berpendapat adalah lebih baik dengan mendoakan yang baik-baik sahaja serta sentiasa bercerita mengenai Palestin.

“Gais kita ada misi yang lebih penting daripada masuk campur dan komen tentang rumah tangga orang lain. Cukup doakan yang baik-baik.

Sekarang please fokus, cerita tentang Palestin! Sebarkan tentang Palestin!,”-tulis Zizi Kirana di Thread

Netizen Setuju!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran Zizi, malah ramai yang menitipkan ucapan terima kasih buat penyanyi Eh ini yang sentiasa mengingatkan orang ramai mengenai Palestin.

“Betul! Tak perlu ambil tahu tentang rumah tangga orang yang bercerai- berai. Kena fokus pada Palestin sekarang ni!.”

“Terima kasih di atas peringatan, kita terkadang lalai.”

“Betul, jangan lah leka. Cukup saja doakan.”

“Yes tepat sekali, kena stop ambil kisah rumah tangga orang. Kalau nak sibuk, sibukkan diri dengan Gaza, ambil peduli pasal Palestin. Yang sibuk rumah tangga orang tu lah yang masih melantak mekdi sampai ke hari ni.”

“Setuju!. Doa yang baik-baik untuk rumah tangga orang, moga Allah balikkan yang baik-baik untuk rumah tangga kita. Palestin tengah susah sangat sekarang. kesian saudara se-Islam kita dekat sana. Teruskan bercakap pasal mereka. Doakan untuk Palestin jugak.”

“Betul, jangan lah leka. Cukup saja doakan.”

Sekadar info, Zizi Kirana merupakan antara rakyat Malaysia yang ditahan secara tidak sah oleh tentera Israhell pada awal Oktober selepas kapal yang dinaiki telah dipintas di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan menjayakan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |