Perkongsian penyanyi, Shila Amzah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu foto di media sosial miliknya, baru-baru ini.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Binti Amir Hamzah menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang mendukung putera sulungnya, Seth Uwais ketika masih kecil selain menitipkan pesanan buat para ibu untuk sentiasa menyayangi diri sendiri dan melakukan perkara yang membuatkan diri rasa bahagia.
“Hari ni agak special, kenapa saya emo? Sebab nak period 🥲. Tapi saya just nak tunjuk, bagaimana rupa apabila menyayangi diri anda.
Kepada semua ibu-ibu, please jangan lupakan diri anda. Lakukan apa yang buat anda bahagia.
Melihat kembali foto ini, saya tak pernah sangka akan dapat balik diri saya yang dah lama hilang. Nak peluk semua!. Jangan putus asa, hari itu akan tiba.”-kongsi Shila Amzah di Instagram
“Ibu Yang Hebat Sebab Memang Sha Insan Hebat…”

Perkongsian Shila Amzah dibanjiri komen para netizen yang rata-ratanya para ibu bersetuju dengan apa yang dititipkan oleh Shila, malah ada yang memasang impian untuk menjadi seorang individu yang bersemangat tinggi seperti penyanyi Patah Seribu ini.
“Hugss. Semoga saya dapat semangat macam Shila jugakk. Nak kuruss.”
“Hikmah sabar 😍.”
“Peluk Sha, ibu yang hebat sebab memang Sha insan hebat 🤗.”
“Faham the feeling 😢 come huggg 🌸😘.”
“Faham, walaupun bukan mother-mother 😌.”
“Yup. jangan lupa bahagiakan diri sendiri.”
“Nak peluk jugak. I been facing tough time as mom recently.”
Sekadar info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.
Shila kemudian berkahwin buat kali kedua bersama Ubai atau Muhammad Ubaidillah pada 4 Ogos 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang kini berusia satu tahun lima bulan.

1 month ago
63


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


