Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di media sosial berbanding kelebihan bakat dan pengalaman seseorang.
Kongsi Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin menerusi hantaran di Threads, para artis kini harus mempunyai kontroversi serta pakej cantik dan bergaya untuk mendapat tempat di dalam industri seni.
“Nak hidup sebagai artis di zaman sekarang?. Tak perlu bakat dan pengalaman dah diknon.
Hanya berbekalkan populariti, followers berjuta, kontroversi, pakej cantik bergaya, tercalon dan memenangi anugerah pilihan peminat insyaAllah adalah tempatmu di dalam industri.
Ini adalah fakta bukan auta bak kata mereka dan keluarga mereka.”-dedah Ieda Moin di Threads

“Sebab Tu Drama Takde Kualiti Dah…”

Perkongsian Ieda dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah rakan selebriti seperti Isyariana turut memberikan respon dengan menceritakan dirinya yang dinilai kerana tidak mempunyai jutaan pengikut di media sosial.
“Ya, saya pun dinilai dari followers kan, followers saya tak sampai milion 😭.”-Isyariana
“Sebab tu banyak yang kayu dan bosan. Sekarang tak tengok sangat drama melainkan yang meletop, ada pelakon-pelakon yang kita tahu memang hebat walau tak ada follower juta-juta. Lagi-lagi drama tv swasta. Ada yang berkualiti tapi banyak yang syok sendiri. Bukan nak cakap kasar tapi hakikat macam tu laa.”
“Lumrah kan kak, takpe la kak. Yang penting akak tetap cantik meletup.”
“Sebab tu drama takde kualiti dah. Tengok pun tak feel.”
“Korang laa, kena pakat-pakat follow artis-artis lama yang berbakat. Bukan follow artis yang banyak kontroversi/ kayu. Kita suka artis-artis lama yang berbakat. Baru la syok layan drama.”
Sekadar info, selain pelakon dan pelawak, Ieda juga merupakan salah seorang daripada duo kumpulan Moin yang popular sekitar lewat 90-an.
Apa komen anda?

9 hours ago
7

![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)































![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)










