Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

16 hours ago 8

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak.

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas tular perbalahannya dengan aktres, Puteri Balqis di media sosial.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menerusi hantaran di Threads dan Instagram, menyatakan bahawa dia berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.

“Saya mohon ampun dan maaf daripada semua, dan saya juga memaafkan semua. insyaAllah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.

Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa / terleka. tegur lah saya, marah lah saya.. saya bersyukur atas segala teguran.”-tulis Janna di Threads dan Instagram

“Sebab Tu Kita Kena Sentiasa Jaga Mulut…”

Hantaran Janna dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang memuji sikap pelakon ini yang merendah diri untuk memohon maaf.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan pesanan buat Janna untuk tidak tidak mengambil peduli terhadap kehidupan orang lain.

“Janna dah mohon maaf, awak dah menang kerana berani minta maaf.”

“Jangan masuk campur hal orang, diam lebih baik. Jangan menyibuk hal orang, kalau tahu kau akan melenting bila orang sentuh hal kau.”

“Sebab tu kita kena sentiasa jaga mulut, anggap je ni teguran dari Allah. Dosa dengan Allah kita boleh bertaubat, dosa dengan manusia selagi dia tak ampunkan memang susah la urusan kita kat sana nanti.”

“Lepas ni tak payah peduli lagi dengan hidup orang, lantak la nak jadi apa. Kita nasihat baik-baik pun diorang ambik secara negatif. Biarkan dengan netizen jadi batu api neraka.”

“Janna tak melebihi dari apa yang sepatutnya. You baik, cuma penerimaan disalah erti. Semoga yang baik-baik untuk Janna.”

Sekadar info, Janna Nick mendirikan rumah tangga bersama Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023. Sehingga kini, pasangan ini masih berusaha untuk dikurniakan cahaya mata

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |