Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

13 hours ago 7

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best, Vietjet pun tak tunggu lama untuk memeriahkan mood holiday dengan menawarkan diskaun sehingga 30% untuk tambang Deluxe ke pelbagai destinasi!

Tawaran ini bermula 1:00 pagi, 27 Januari hingga 12:00 tengah malam, 30 Januari 2026 (waktu Malaysia). Hanya perlu tempah tiket Deluxe dan masukkan kod promosi: DLXVJ di laman web vietjetair.com atau aplikasi Vietjet Air. Sah untuk semua penerbangan Vietjet domestik atau antarabangsa  dari 1 Februari hingga 31 Disember 2026. Memang ngam kalau nak rancang dari awal tahun sampai hujung tahun.

Musim bunga antara masa paling cantik untuk terbang ke Vietnam. Bandar-bandar mula hidup dengan bunga mekar, festival budaya, dan suasana meriah. Kemuncaknya, Tết, perayaan paling penting di Vietnam. Inilah waktu pengunjung dapat rasa pengalaman autentik: makanan tradisional, adat penuh simbolik, pasar yang sibuk, dan persembahan warna-warni.

Kalau bukan musim perayaan pun, Vietnam tetap ‘all-year attraction’. Dari pesona Old Quarter di Hanoi, vibe moden Ho Chi Minh City, keindahan landskap semula jadi, sampai masakan tempatan bertaraf dunia — semuanya menjadikan Vietnam destinasi yang memenuhi selera penerokaan ramai rakyat Malaysia.

Apa Yang Best Sangat Dengan Tambang Deluxe?

Tambang Deluxe Vietjet memang sesuai untuk pengembara yang nak keselesaan tanpa pening kepala. Antara kelebihannya:

  • Elaun bagasi sehingga 20kg
  • Pilih tempat duduk percuma
  • Jadual penerbangan lebih fleksibel
  • Hidangan panas dalam pesawat, pilihan sajian Vietnam & antarabangsa

Ahli SkyJoy boleh kumpul & tebus mata ganjaran dari lebih 250 jenama merangkumi travel, F&B, retail dan gaya hidu Pendek kata, kalau nak travel lama atau nak hop beberapa bandar dalam satu trip, ini memang kategori tambang yang paling ‘worth it’.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |