ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

10 hours ago 7

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian. Kalau anda masih tertanya-tanya, ini 5 perkara penting yang perlu diketahui sebelum cuba:

1. Pelaburan Bermula Serendah RM10

Tak perlu modal besar untuk mula melabur. Dengan hanya RM10, anda dah boleh cuba Money+. Ini sesuai untuk mereka yang baru nak belajar cara melabur atau nak gunakan baki e-wallet yang tidak digunakan. Bayangkan, duit beli kopi atau snack yang tak habis boleh mula “berkerja” untuk kita. Lama-lama, sikit-sikit boleh jadi tabungan yang berbaloi.

2. Disokong Dana Patuh Syariah & Profesional

Money+ dibangunkan bersama iFAST Capital dan disokong oleh Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, jadi duit anda diurus secara profesional dan patuh Syariah. Maksudnya, pelaburan selamat dan anda tak perlu risau tentang risiko pelik atau pengurusan yang tidak telus.

3. Fleksibiliti Akses Dana

Salah satu kelebihan Money+ ialah anda boleh guna baki pelaburan bila-bila masa. Nak beli barang online, bayar di kedai guna DuitNow QR, atau keluarkan tunai, semua boleh. Tak ada duit “terkunci” macam pelaburan lain, jadi lebih sesuai untuk orang yang perlukan fleksibiliti harian.

4. Pulangan Harian & Bonus Menarik

Dengan Money+, anda dapat pulangan harian dan potensi sehingga 6% setahun. Bestnya, kalau simpan RM150 ke atas, ada peluang dapat bonus tambahan sehingga RM1,000. Tawaran ini sah dari 27 Januari hingga 27 April 2026, jadi kalau nak untung lebih, baik mula awal.

5. Mudah Untuk Menabung & Melabur

Money+ direka untuk mudahkan rakyat Malaysia membina tabiat menabung dan melabur. Baki e-wallet yang sebelum ini mungkin “terbiar” boleh digunakan untuk jana kekayaan. Dengan cara ini, sambil berbelanja harian, anda boleh belajar disiplin kewangan dan secara perlahan-lahan membina simpanan yang stabil.

Tawaran ini memang sesuai untuk kita yang selalu rasa “duit tak cukup nak mula simpan atau labur.” Start sikit-sikit dulu, RM10 sehari pun boleh. Lama-lama, tabiat ini boleh jadi rutin, duit lebihan e-wallet pun tak terbuang begitu saja.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |