Johor terus melakar senyuman apabila seramai 160 rakyat Malaysia, majoritinya Bangsa Johor, ditawarkan peluang pekerjaan bergaji premium di Brooks Automation, sebuah syarikat global dalam bidang automasi semikonduktor dan robotik yang beroperasi di Pasir Gudang.
Berita menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sempena majlis pembukaan rasmi fasiliti Brooks Automation baru-baru ini.
Sasaran Gaji Premium Seiring Ekonomi Masa Hadapan
Menurut Onn Hafiz, menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), kerajaan negeri menyasarkan pewujudan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi dengan gaji sekitar RM4,000 hingga RM5,000 ke atas, bergantung kepada tahap kemahiran dan kepakaran teknikal.
Via Facebook rasmi Onn Hafiz GhaziLangkah ini selari dengan keperluan industri bernilai tinggi serta ekonomi masa hadapan yang menuntut tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknologi dan inovasi.
Pelaburan AS$60 Juta Bukti Keyakinan Terhadap Johor
Lebih membanggakan, Brooks Automation memilih Johor sebagai lokasi strategik dengan fasiliti seluas 180,000 kaki persegi dan nilai pelaburan mencecah AS$60 juta.
Pelaburan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab perindustrian, malah membuka 300 peluang pekerjaan, termasuk lebih 160 jawatan berpendapatan tinggi dengan keutamaan kepada bakat tempatan serta latihan industri berterusan.
“Pelaburan ini telah membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat Johor dimana sebanyak 300 peluang pekerjaan diwujudkan termasuk lebih 160 jawatan berpendapatan tinggi, dengan keutamaan kepada bakat tempatan serta penyediaan latihan industri secara berterusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau, semalam.
Via Facebook rasmi Onn Hafiz GhaziVendor Tempatan Turut Terima Tempias Positif
Dalam masa sama, penglibatan 29 vendor tempatan dalam rantaian bekalan Brooks Automation dijangka merangsang aktiviti ekonomi setempat serta memperkukuh ekosistem industri negeri.
Situasi ini dilihat sebagai kemenangan bersama apabila pelaburan besar memberi impak langsung kepada usahawan dan komuniti tempatan.
Kebajikan Pekerja Turut Diberi Perhatian
Onn Hafiz turut berkesempatan melawat Kuarters Pekerja Bersepadu yang kini menempatkan lebih 3,000 pekerja industri, lengkap dengan kemudahan asas seperti mini market, perkhidmatan dobi dan gimnasium.
“Pada masa yang sama, saya turut berkesempatan melawat Kuarters Pekerja Bersepadu yang kini menempatkan lebih 3,000 pekerja industri. Kuarters ini dilengkapi kemudahan asas termasuk mini market, perkhidmatan dobi dan gimnasium untuk kebajikan serta kesejahteraan pekerja” katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri komited memastikan setiap pelaburan strategik bukan sekadar menjana keuntungan, tetapi turut menjaga kebajikan pekerja dan kesejahteraan rakyat Johor.
Langkah ini membuktikan Johor bukan sekadar destinasi pelaburan, tetapi juga medan peluang kerjaya berkualiti tinggi, memang win-win situation.

15 hours ago
8


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)










