Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

15 hours ago 7

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Peguam kepada Dr. Rushdi, Azmi Moh Rais telah mengesahkan perkara tersebut dan berkongsi bahawa penyanyi itu telah membuat penarikan balik secara rasmi dengan syarat khas.

Memetik kenyataan daripada Kosmo, syarat yang dikenakan oleh Nora adalah tiada campur tangan dan gangguan daripada pihak ketiga yang boleh mencetuskan konflik antara pasangan suami isteri itu.

“Hari ini plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan (Dr. Rushdi). Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau (Nora) memohon agar penarikan tersebut dibuat bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.”

“Maka Yang Arif Hakim meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Puan Nora bahawa beliau mempunyai hak untuk memfailkan injuksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak  ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu.”

Manakala Dr. Rushdi pula meluahkan rasa syukur dengan keputusan isterinya dan menyatakan beliau akan lebih tegas dalam perkahwinannya, termasuklah memperjelaskan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam keluarga demi masa depan bersama.

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan syarat-syarat yang telah disebutkan. Kita kena berusaha dan mengambil langkah yang sepatutnya. Sebagai seorang suami, kita adalah ketua kepada keluarga.”

Foto – @ammar.naam (IG)

“Jadi selepas ini saya akan lebih bertegas. Sebenarnya selama ini pun saya sudah bertegas, cuma mungkin selepas ini perlu lebih tegas lagi dan menjelaskan bahawa saya tidak mahu ada sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Itu adalah tuntutan agama dan perintah Allah SWT.”

Untuk rekod, Datuk Nora Ariffin pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Dr. Rushdi Ramli pada April 2025, dipercayai berpunca daripada gangguan pihak ketiga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |