Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin.
Kongsi Syifa menerusi hantaran di Threads, dia menitipkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi perempuan yang comel seberat 2.92 kilogram di salah sebuah pusat perubatan.
“Alhamdulillah done launching baby girl, Anak ibu somel bibir macam pakai kekasih code flakes (check showcase Syifa) lahhh sempat, Berat baby adik 2.92kg , 38weeks 3days ,jam 1038am bertarikh 26.1.26 ..
Syukur this time Dadda dapat witnessed everything even dia lagi shaking dari aku, tak putus ulang Bubu kuat nyaa you.. Hehhe”-kongsi Syifa di Threads

“Dia Macam Tak Mahu Tengok Lagi Adik Dia…”

Dalam pada itu, Syifa sempat berkongsi penerimaan putera sulungnya, Saif Sulaiman yang disifatkan masih ‘ego’ kerana seolah-olah tidak mahu mendekatinya serta bayi yang baru dilahirkan itu.
Walaubagaimanapun, dia sebagai seorang ibu memahami sikap kanak-kanak yang masih kecil dan sentiasa menganggap Saif sebagai cinta hati pertamanya.
“Penerimaan Saif masih ego, dia faham ibu pergi potong perut, tapi dalam ward ada family Syifa, dia macam tak mahu tengok lagi adik dia, tak datang dekat Syifa pun.
Sedih ibu tapi selalunya biasa je ka benda tu. Abang tetap cinta hati pertama ibu, my manja boy.”-kongsi Syifa lagi

Para Ibu Kongsi Pengalaman
Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para ibu menjelaskan bahawa situasi yang dialami oleh Syifa itu adalah normal, malah mereka turut berkongsi pengalaman mereka terhadap penerimaaan anak sulung apabila ibu mereka melahirkan cahaya mata.
“Normal! Anak aku sampai demam laa pastu bawa baby balik rumah, dia la paling baby. Tengok mummy dulu baru tengok adik. Sekarang dia la abang yang paling sayang adik dia.”
“Biasa tu mula-mula. Anak saya pun mula-mula tengok adik dia, nak dicucuk budak tu. Sekarang dah pandai sayang adik dia. Marah orang dekat dengan adik dia.”
“Biasa la budak laki dia memang loading, spooling tu lambat sikit, lepas seminggu dua baru dia okay.”
“Normal. Anak sulung saya masa ambil dekat hospital, dia tak nak tengok dan dekat langsung dengan saya. Ya memang ambil masa dia nak terima semua ni.”
Sekadar info, Syifa Melvin mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Safawi Rasid pada 28 November 2022.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Saif Sulaiman dan bayi perempuan yang baru dilahirkan semalam

14 hours ago
7


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)










