“Berita Baik Tok Untuk Kitak Orang Sarawak”- 5 Pengumuman Menarik Dari AirAsia Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025

1 day ago 8

Mun kitak orang Sarawak yang lamak sik pulai, berita tok confirm buat kitak senyum sampai telinga. AirAsia sekali lagi tampil sebagai rakan penerbangan rasmi dan rakan e-hailing rasmi untuk Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025, yang akan berlangsung 25 Oktober nanti di MITEC, Kuala Lumpur.

Acara sering ditunggu-tunggu setiap tahun, ia jadi tempat berkumpul rakyat Sarawak yang kerja, belajar dan menetap di Semenanjung. Dengan sokongan Kerajaan Sarawak serta Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, LBAS kali ni dijangka lagi meriah. Tapi yang paling best, AirAsia bukan datang kosong, mereka bawa 5 promosi jimat habis khas untuk rakyat Malaysia, terutama sekali anak-anak Bumi Kenyalang!

1. Diskaun 20% Tiket Kapal Terbang

Kalau tengok harga tiket balik Kuching selalu buat rasa nak nangis, kali ni jangan risau! AirAsia bagi diskaun 20% untuk tambang penerbangan semasa acara LBAS. Datang je MITEC nanti, boleh terus tempah, tak payah tunggu “flash sale” tengah malam yang selalu kena tapau orang lain dulu.

2. Diskaun 50% Untuk Bagasi

Yang suka bawa balik satu dunia setiap kali balik kampung, ini memang berita baik. AirAsia bagi diskaun 50% untuk bagasi berdaftar, jadi tak payah pening nak bawa kek lapis, ikan terubuk, belacan, dan segala barang kiriman mak. Semua boleh muat, hati pun tenang.

3. Pelajar Sarawak Pun Dapat Manfaat

Student Sarawak di Semenanjung, ini memang peluang keemasan. Dekat tapak acara nanti,  kalian boleh semak dan tebus subsidi FLYsiswa. Tak payah lagi beratur panjang di kaunter atau pening kira bajet. AirAsia tolong mudahkan, mak pun tak payah risau anaknya stranded.

4. Tambang AirAsia Ride Serendah RM3 & RM7

Jika mahu ke MITEC tapi takut tambang e-hailing mahal macam harga tiket flight? Jangan susah hati. AirAsia Ride bagi tambang promosi khas:

  • Guna kod ‘LBAS2KLIA’ untuk perjalanan dari KLIA T1/T2 atau Subang.
  • Guna kod ‘RIDELBA3’ untuk ride ke/dari MITEC sekitar Lembah Klang.

Harga macam teh ais dua gelas je, jimat, senang, tak payah risau cari parking.

5. Tune Protect Pun Ada Sekali

Kalau jenis cepat risau pasal flight delay atau bagasi hilang, tak perlu gelisah. Tune Protect pun join LBAS dengan pameran interaktif dan tawaran perlindungan perjalanan khas. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa jadi, kitak sik panik (maknanya tak panik la).

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata,

“Lan Berambeh Anak Sarawak memang dekat di hati kami. Kami bangga terus menyokong rakyat Sarawak dengan penerbangan yang mampu milik dan mudah diakses.”

AirAsia dah lebih 20 tahun bantu rakyat Sarawak balik kampung, jumpa keluarga, dan eratkan komuniti. Tahun ni, mereka datang lagi, tapi kali ni dengan lebih banyak penjimatan untuk rakyat.

Jadi kitak semua, jangan tunggu sampai last minute. Datang ke LBAS, rebut promosi, dan balik kampung dengan gaya tapi poket masih selamat.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |