Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini, meningkat berbanding 25,000 lantikan yang dibuat tahun lalu.
Menurut Berita Harian, Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhammed Yunus berkata, peningkatan itu mengambil kira jangkaan permohonan baharu serta faktor persaraan dalam perkhidmatan awam yang berlaku setiap tahun.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhammed YunusSecara tidak langsung, sasaran ini membuka lebih banyak peluang kerjaya khususnya kepada lepasan sekolah dan graduan yang memenuhi kelayakan ditetapkan.
Permohonan Dijangka Lepasi Sejuta
Walaupun jumlah permohonan mencatatkan sedikit penurunan pada tahun lalu, SPA optimis trend itu bersifat sementara dan akan kembali meningkat.
“Jumlah permohonan kepada SPA merekodkan sekitar 1.2 juta pada 2024 manakala tahun lepas menurun kepada satu juta. Namun, kami menjangkakan jumlah itu dapat dikekalkan semula pada paras lebih satu juta pada tahun ini” katanya.
Angka itu menunjukkan minat terhadap kerjaya sektor awam masih tinggi, terutama dalam kalangan belia.
Syarat SPM Ubah Landskap Permohonan
Mengulas faktor penurunan permohonan, Ahmad Jailani menjelaskan ia berpunca daripada pelaksanaan syarat kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
“(Syarat) SPM ke atas mengurangkan bilangan permohonan bagi mereka yang hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kurang daripadanya” katanya ketika ditemui selepas meninjau program Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan.
Langkah itu dilihat sebagai usaha memastikan kualiti perkhidmatan awam kekal kompetitif dan relevan.
SPA Turun Padang Dekati Pencari Kerja
Sebagai sebahagian usaha mendekati rakyat, SPA meneruskan Program Kembara Kerjaya MADANI, dengan Kuantan dipilih sebagai lokasi pertama tahun ini melibatkan tiga lokasi utama dan disertai kira-kira 1,500 pengunjung.
Via Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan AwamTambah beliau, program itu menjadi platform penting untuk memberi pendedahan, panduan serta peluang interaksi secara langsung antara SPA dan pencari kerja.
Ahmad Jailani turut menegaskan komitmen SPA apabila berkata sentiasa komited untuk memastikan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dapat di akses secara saksama bagi seluruh rakyat Malaysia.
Pendek kata, sasaran lantikan naik, permohonan dijangka melonjak, siapa cepat, dia dapat.

15 hours ago
7


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)










