Impian memiliki rumah yang selesa, moden dan mesra alam kini semakin dekat dengan realiti apabila Kumpulan Perbankan RHB (RHB) bersama Cagamas Bhd memperkenalkan skim Pembiayaan Rumah Hijau konvensional baharu yang menawarkan pembiayaan sehingga 110 peratus kepada rakyat Malaysia.
Menariknya, skim ini khusus untuk hartanah kediaman yang memiliki sijil bangunan hijau yang diperakui, sekali gus menyokong gaya hidup lestari tanpa membebankan pembeli dari segi kewangan.
Menurut Berita Harian, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo, mengakui keinginan rakyat terhadap kediaman yang cekap tenaga dan mesra alam sering terhalang oleh faktor kemampuan.
“Kerjasama ini membantu merapatkan jurang tersebut. Tumpuan kami adalah memberikan penyelesaian kewangan inovatif yang benar-benar memenuhi keperluan masyarakat sambil menyokong kehidupan jangka panjang yang mampan.
“Dengan memperluaskan akses kepada rumah hijau yang diperakui, kami membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat pilihan yang memanfaatkan keluarga mereka hari ini, dan masa depan mereka,” katanya.
Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow OoKurang Modal Permulaan, Lebih Banyak Peluang
Antara tarikan utama skim ini ialah pembiayaan 100 peratus bagi nilai hartanah, ditambah 10 peratus lagi untuk menampung kos berkaitan seperti jaminan tempoh gadai janji atau takaful. Pendekatan ini secara langsung mengurangkan keperluan tunai pendahuluan, satu isu besar bagi pembeli rumah, khususnya golongan muda.
Inisiatif ini turut selari dengan strategi korporat PROGRESS27 RHB serta Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan Mampan (STFF). Di bawah PROGRESS27, RHB menyasarkan peruntukan RM90 bilion dalam Perkhidmatan Kewangan Mampan (SFS) menjelang 2027, dengan RM59 bilion telah dicapai setakat Disember 2025.
Dimensi Baharu Pemilikan Rumah Lestari
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Kameel Abdul Halim, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting dalam memperluas ekosistem perumahan hijau di Malaysia.
“Berdasarkan kejayaan skim jaminan terdahulu seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia dan Program Jaminan Gadai Janji Rumah Pertama, yang kesemuanya telah membolehkan lebih 100,000 rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka, Program Jaminan Gadai Janji Hijau menambah dimensi baharu tanggungjawab alam sekitar” katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Kameel Abdul HalimBagi Murai, skim ini bukan sahaja membuka peluang pemilikan rumah yang lebih inklusif, malah menyokong agenda kelestarian negara, satu langkah win-win yang relevan dengan keperluan masa kini.

5 days ago
18









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
