Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur, malam tadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Thread, beliau mengakui merasa tersentuh hati melihat kanak-kanak bernama Uwais Al-Qarni dan kakaknya, Aesha Khadeeja yang menghulurkan duit raya di sebalik pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Malah PMX turut menitipkan doa agar kedua-dua kanak tersebut membesar sebagai generasi yang berilmu selain memberikan kebaikan kepada keluarga dan negara.
”Tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya, satu tanda kasih yang merendahkan jiwa.
Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini.
Melihat wajah-wajah ini, terbit rasa sayu dan kasih, amanah kita adalah memastikan setiap anak Malaysia dibesarkan dengan kasih sayang, didikan baik dan peluang yang adil.
Semoga Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi berilmu, berakhlak dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara.“- tulis PMX di Thread

“Momen Yang Sangat Jarang Dilihat..”
Di ruangan komen, rata- rata netizen berkongsi rasa terharu melihat pemberian kecil namun bermakna kepada PMX, malah ramai yang mendoakan agar Perdana Menteri Malaysia ini diberikan kekuatan untuk terus mentadbir negara.
”Sekecil-kecil pemberian dari anak-anak kecil pun DSAI sudi terima dengan hati yang tulus. Terima kasih PMX kerana merendah diri dan baik hati, dan Perdana Menteri yang terbaik.”
”Masa budak tu hulur duit, bergenang air mata. Tak tahu kenapa. Momen yang sangat jarang dilihat, budak-budak bagi duit raya pada orang tua.”
”Terus kuat dan yakin untuk mentadbir Negara Malaysia Datuk Seri..”
Apa komen anda?

6 hours ago
3






![[VIDEO] Nur Nilam ‘Sound’ Netizen Isu Panggil Bekas Suami Azlan Komeng ‘Sayang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-70.webp)


![[VIDEO] Janna Nick Hampir Di-‘Scam’, Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-6.webp)



![[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-65.webp)


![[VIDEO] DSV Luah Rasa Terkejut Apabila Bertemu Kembali Dengan Iqbal Zulkefli-“Masa Ni Saya Terkedu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a6658e2c-2804-4664-bc4e-45617a6da635.webp)


















![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)












