Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.
Terkini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerusi hantaran di Threads dilihat berkongsi keadaan terkininya yang mula mengalami rasa sakit disebabkan ‘bengkak susu’ pada payudaranya itu.
“Tengah bengkak susu. Sakit hanya tuhan yang tahu. Nak balik. Cepat biar CL urut.
Kalau suami urut lama sangat kang jadi lain pulak 🤣.”-kongsi Ayda Jebat di Threads

“Benda Dalam Kain Pun Nak Cerita Ke?…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi sesetengah netizen yang memberikan teguran kepada Ayda yang disifatkan tidak mempunyai rasa malu dengan membuat gurauan ‘double meaning’.
“Benda gini pun nak share? Takde rasa malu? Agama apa?.”
“Pada awak ia kelakar, tapi untuk lelaki lain. Pervert/ stalker. Mereka boleh bayang macam-macam benda. Tak payah la tulis-tulis gini.”
“Dah anak 3 Ayda oi jadilah mak-mak yang matang.”
“Benda dalam kain pun nak cerita ke? Tolong la Ayda, kamu tu artis. Geli la benda-benda soft porn gini nak citer umum.”
“Lelaki yang komen, awak patut malu Ayda. Hal privasi jangan terlalu open Ayda. Saya risau budak-budak sekarang segala media sosial ada. Bila baca tulisan awak ni budak-budak akan start imagine. Orang tua-tua dulu nak cerita hal dalam kain pun malu. Tau la baru lepas beranak, urat banyak putus. Takkan urat malu pun putus jugak.”
Sekadar info, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen, dan bayi Anggun Mikayla yang baru dilahirkan pada Isnin.

5 days ago
19









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)




![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)







![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)


![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
