Zarina Anjoulie Bersuara Isu Sarah Yasmine, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Anju Better You Diam Je..”

7 hours ago 9

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil bersuara selepas pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine yang mendapat kecaman netizen di media sosial mengenai isu dirinya terhadap rumah tangga selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju menerusi hantaran di Threads, menyifatkan netizen tidak mengetahui kisah yang sebenarnya selain mempersoalkan tindakan netizen yang mengecam Sarah di media sosial.

“Banyak benda yang korang tak tahu the actual truth. Tapi of course la kan seronok nak kecam orang.

Tapi yang aku tak faham kan orang Malaysia pandak cakap pasal agama semua la terpaling warak tapi sebagai orang Islam kenapa nak hina anak orang ek lagi-lagi pasal kes Sarah Yasmine again, seperti yang saya cakap, ramai tahu cerita sebenar.”-tulis Anju di Thread

“Anju Better You Diam Je..”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi sesetengah netizen di ruangan komen yang menegaskan bahawa mereka tidak pernah melemparkan kecaman terhadap anak Sarah Yasmine, malah ramai yang meminta pelakon berusia 38 tahun ini agar berdiam diri sahaja terhadap isu tersebut.

“Anju better you diam je.”

“Orang kecam sebab dia tiba-tiba porak-perandakan keadaan saat semua orang meraikan Bella dan YB. Like why sudden? And tak pernah lagi aku nampak orang kecam si Sarah dan anak-anak dia lagi untill dia sendiri mengundang untuk dikecam. Ruhainies ya bersepah orang kecam.”

“Anju diam je la, kau pun suka gaduh.”

“Pastu? Saman je la orang yang hina anak dia. Apa kena dengan Bella?.”

“Akak please diam je . orang dah move on dah pun dan takde orang kecam family dia kat media sosial sebelum dia yang timbulkan isu. kita nak yang happy² je . lagipun tak boleh ke abaikan mulut orang lama² diam laa tu . benda dah 2 tahun lepas orang pun tak nak pusing kat tempat yang sama. berdamai dengan takdir.”

Terdahulu, nama Sarah Yasmine menjadi bualan ramai selepas didakwa menjadi kekasih gelap kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang juga merupakan bekas suami kepada Bella Astillah.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |