[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”

5 hours ago 2

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias menegaskan bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa pempengaruh media sosial, Aisar Khaled iaitu Khaled Kamel yang didakwa menggelarnya sebagai ‘syaitan’ ketika Safiey melakukan sesi live di TikTok, baru-baru ini.

Safiey, menerusi hantaran di Thread, yang turut memuatnaik tangkap layar komen yang diberikan oleh bapa Aisar itu juga menitipkan pesanan untuk tidak menjadi kacang yang lupakan kulitnya.

“Saya mohon kepada Aisar Khaled sampaikan kepada ayah awak. LOD diteruskan RM30 juta. Semoga Aisar Khaled nasihatkan ayah yaa. Terima kasih.

Jangan jadi kacang lupakan kulit. Saya mungkin tidak baik, tapi ayah saya tak pernah berseluar pendek depan cucu dan menantu.”-tulis Safiey di Thread

Pelbagai Reaksi Netizen!

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap tindakan Safiey yang mahu saman bapa Aisar, malah ramai yang menitipkan doa agar usahawan kosmetik ini kembali ke pangkal jalan.

“Kembali ke jalan fitrah sebagai jantan bro. Dunia dah tak selamat dah selagi hidup ni cepat-cepat taubat.”

“Rasanya ayah dia marah sebab kau selalu post gambar lama kau bergambar dengan Aisar pastu letak kapsyen yang mengundang. Maybe sebab tu lah ayah dia tak suka kau kot.”

“Banyak duit cinta kerja nak hantar LOD je baik cinta tak payah la layan komen negatif then fokus betulkan balik muka cinta bagi siap-siap kebabom!.”

“Ingat Hakim Mahkamah ni apa? Saman RM30 juta. Kalau menang pun mungkin hakim jatuhkan RM30 ribu je untuk defamation + other charges.”

Sekadar info, Safiey Ilias pernah mengaitkan dirinya bersama Aisar Khaled sebagai rakan rapat dan pernah menganggap Aisar sebagai pemandu peribadinya pada sekitar 2021.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |