[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

5 hours ago 4

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy Cookies di sebuah pusat beli-belah.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai apabila lelaki tersebut dilihat sangat ‘struggle’ mengunyah pencuci mulut tersebut dengan penuh selera. Namun apa yang membuatkan netizen lebih terhibur adalah tekstur pencuci mulut tersebut yang sangat elastik itu telah membuatkan gigi palsu sang bapa tertanggal.

@tataygold

mao ni trending dubai chewy chocolate #dubaichewycookie

♬ original sound – Jaiii – TatayGold

Video yang dimuat naik di TikTok itu telah meraih lebih 24.2  juta tontonan, 1.7 juta tanda suka dan 16.7 ribu komen. Manakala di Threads, video itu meraih 4.4 ribu tanda suka, 145 komen dan 707 repost.

@tataygold

Replying to @tine

♬ original sound – TatayGold – TatayGold

Gelagat sang bapa itu telah mengundang ketawa daripada pengguna media sosial, yang mana rata-ratanya terhibur melihat lelaki itu nekad mahu mengigit Dubai Chewy Cookies miliknya.

“Uncle lupa pakai polident ke?”

“Haha chewy sampai tercabut gigi.”

“Pistachio❎ Gigi palsu✅”

“Gigi chewy cookie”

“Mochi sekarang ada secret ye.”

“Dubai chewy gigi palsu hahaha.”

Pada masa yang sama, ada segelintirnya bergurau mengenai kesesuaian pencuci mulut itu untuk golongan tertentu. Menurut mereka, penjagaan gigi perlu dititik beratkan supaya dapat menikmati makanan kenyal di usia senja. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |