Nama ibu pempengaruh Cik B, Datuk Seri Vida jadi perhatian selepas tidak sengaja membangkitkan topik sensitif berkaitan bekas suami Linda Jasmine iaitu pelakon Que Haidar.
Susulan itu, pempengaruh tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak ibunya selepas kejadian tersebut menjadi bualan ramai. Menerusi kenyataannya di Threads, dia menjelaskan bahawa ibunya berkemungkinan tidak mengetahui hal semasa memandangkan kurang aktif di platform tersebut.
“Maaf semua mak saya tak tahu isu semasa sebab dia (Datuk Seri Vida) takde Threads.”
Untuk makluman semua, sebuah video yang memaparkan usahawan Datuk Seri Vida dan Linda Jasmine telah tular. Difahamkan Datuk Seri Vida berkongsi pengalamannya bekerja dengan Que, sambil memuji sifat dan peribadi pelakon itu.
@datoserividaofficialLaju ajak gosip🤪 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberandamuu #masukfyp #talktomymanager
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi Linda yang agak kekok ketika mendengar perkongsian usahawan terbabit.
Untuk rekod, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2000. Pasangan itu kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. Que dan Linda akhirnya berpisah selepas 15 tahun perkahwinan, pada 2 Julai 2024.

4 days ago
11









![[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/f22ad084-7c1e-4f48-9d5a-5875d5755914.webp)








![[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-1.webp)
















![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)










![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)

