“Saya Ambik Job Ni Sebab Nak Berlakon Dengan Dia Je..”-Puteri Aishah

4 hours ago 5

Pelakon, Puteri Aishah berkongsi rasa terharu apabila diberi peluang untuk bergandingan aktres jelita, Amyra Rosli menerusi drama Khianat Yang Terpilih.

Puteri menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa ketika sesi bacaan skrip drama tersebut, gandingan bersama Amyra adalah menjadi sebabnya menerima tawaran drama Khianat Yang Terpilih.

“Masa script reading KYT, saya cakap kat Amyra Rosli yang saya ambik job ni sebab nak berlakon dengan dia je haha pastu saya baru dapat tahu tadi Ikmal pun sama.

Rezeki dapat satu frame dengan senior humble macam Myra Alhamdulillah 🩷.”-tulis Puteri Aishah di Thread

Dibanjiri Pujian Peminat!

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji gandingan mantap Puteri Aishah dan Amyra dalam tersebut sehingga membuat para penonton merasa ‘baran’ dengan watak Asmida yang dilakonkan olehnya itu.

“Kebanyakan watak you dalam drama semua buat orang geram sampai rasa nak cekik-cekik. Hahaha tapi you menjayakan watak dengan bagus sangat sebab sampai kat hati kami.”

“Anyone yang dapat offer tu mesti akan ambik sebab she’s amyra rosli, but Puteri pun apa kurangnya, very talented. Kalau dapat watak antagonis, mesti buat penonton rasa menyampah. Teringat Puteri berlakon drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku, rasa annoying gila dengan watak puteri tu, tapi bila jumpa depan-depan I was star-struck like she’s so sweet, pretty, tak sombong pun.”

“Just finish watched ur drama.. girl you managed to portray that character well because you really hated me that much.”

“And you pun hebattt mula-mula drama tu nampak polos, cute, baik tapi bila dah kawen nampak beza character tu, lebih memberontak, tinggi suara, cakap lepas. You mmg talented suka tengok you♥️.”

Sekadar info, selain Puteri Aishah dan Amyra Rosli, drama Khianat Yang terpilih ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ben Amir dan Ikmal Amry.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |