Ramai Salah Faham! Ada SSM Bukan Automatik STR Kena Reject, Ini Punca Sebenar Netizen Panik

5 hours ago 5

“Eh, ada SSM terus STR reject ke?” Itu antara salah faham paling common sekarang di media sosial bila mana Ramai ingat dah daftar perniagaan bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), automatik terus hilang kelayakan untuk terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Hakikatnya, benda tu tak tepat ya guys!

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebenarnya menilai permohonan STR berdasarkan beberapa faktor lain termasuk jumlah pendapatan bulanan, status perniagaan aktif, jenis entiti bisnes dan maklumat semasa pemohon. Maksudnya, ada SSM bukan “tiket auto gagal” untuk STR.

Kalau status permohonan anda terpapar “Tidak Lulus”, perkara paling penting ialah semak dahulu kod alasan yang dipaparkan dalam sistem MySTR.

Ada SSM Bukan Punca Utama STR Tak Lulus?

Ramai peniaga kecil, runner, dropshipper dan freelance mula panik bila nampak status STR gagal sedangkan mereka cuma ada satu lesen perniagaan kecil sahaja.

Sebenarnya, pemilikan SSM hanyalah salah satu data yang disemak oleh sistem LHDN. Ia bukan faktor tunggal yang menentukan kelulusan bantuan.

Antara perkara yang biasanya diambil kira:

  • Jumlah pendapatan isi rumah
  • Bilangan lesen perniagaan aktif
  • Jenis syarikat atau enterprise
  • Status perkahwinan
  • Rekod kematian pasangan/pemohon
  • Maklumat pendapatan tidak sepadan
  • Permohonan bertindih atau duplikasi

Sebab itu penting untuk semak kod alasan rasmi dalam portal MySTR dan bukan terus percaya spekulasi di TikTok atau Facebook tau.

Cara Semak Kod Alasan STR Tidak Lulus

Kalau anda nak tahu punca sebenar STR gagal, ikut langkah ini:

  1. Layari portal rasmi MySTR
  2. Klik “Log Masuk”
  3. Masukkan nombor IC tanpa sengkang
  4. Sahkan kata kunci keselamatanMasukkan kata laluan
  5. Klik menu “Semakan Status”
  6. Lihat bahagian “Kod / Alasan Tidak Lulus”

Dekat situ nanti akan keluar sebab sebenar permohonan anda ditolak.

@imrnwfi

Cara Semak Sebab STR Gagal #mystr #sumbangantunairahmah #sara

♬ Promosi – Satria Petir

Kod Perniagaan Yang Buat Keliru

Antara kod yang sering dikaitkan dengan pemilikan SSM ialah:

  • Bilangan perniagaan terlalu banyak
  • Perniagaan masih aktif dalam rekod agensi
  • Pendapatan perniagaan melebihi syarat kelayakan
  • Maklumat perniagaan tidak dikemaskini

Namun kalau kod alasan anda bukan berkaitan perniagaan, maksudnya STR anda gagal sebab lain, bukan sebab ada SSM.

SSM Dah Tak Aktif Tapi Masih Kena Reject?

Ini pun ramai terkena. Ada pemohon fikir bila lesen dah expired, automatik sistem anggap bisnes dah tutup. Sebenarnya tidak.

Kalau anda tak buat proses pembatalan rasmi di SSM, status perniagaan masih boleh direkodkan sebagai aktif dalam sistem agensi kerajaan. Sebab itu ada kes walaupun dah lama tak berniaga, sistem masih baca pemohon sebagai pemilik perniagaan aktif.

Boleh Buat Rayuan STR?

Boleh. Jangan panic dulu. Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” masih boleh buat rayuan semula sama ada secara online atau manual di kaunter LHDN.

Rayuan Secara Online

  1. Log masuk MySTR
  2. Klik menu “Permohonan Rayuan”
  3. Isi maklumat diperlukan
  4. Muat naik dokumen sokongan berkaitan

Rayuan Manual

  1. Hadir ke cawangan LHDN / UTC / Pejabat Satelit
  2. Ambil borang BK-01
  3. Lengkapkan dokumen sokongan
  4. Serahkan terus di kaunter
@imrnwfi

Cara Buat Rayuan STR #mystr #sumbangantunairahmah

♬ Pebbles – Official Sound Studio

Kalau perniagaan dah tak aktif, biasanya semakan lanjut akan dibuat terus dengan agensi berkaitan tanpa perlu terlalu banyak dokumen tambahan.

Apa Yang Perlu Anda Buat Sekarang?

Kalau STR anda gagal:

  1. Jangan terus salahkan SSM
  2. Semak kod alasan rasmi dulu
  3. Pastikan maklumat pendapatan betul
  4. Semak status lesen perniagaan
  5. Kemaskini data jika perlu
  6. Buat rayuan dalam tempoh ditetapkan

Kadang-kadang benda kecil macam maklumat tak sepadan pun boleh jadi punca sistem reject permohonan.

Apa yang Murai nampak, masalah utama, kurangnya kefahaman tentang kod alasan STR dan cara sistem cross-check data dijalankan. Sebab itu ramai panik sebelum semak punca sebenar. Pada masa sama, benda ini juga jadi reminder penting untuk rakyat update status perniagaan dan maklumat peribadi secara rasmi.

Apa pun, kalau status STR tak lulus, jangan terus stress atau salahkan satu faktor sahaja. Check dulu kod alasan dalam MySTR sebab dekat situ baru tahu cerita sebenar

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |