Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

5 hours ago 5

Nama Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali dengan nama Putera Jefri  kini bukan sekadar dikenali di litar perlumbaan, malah semakin hangat diperkatakan di media sosial. Mana tidaknya, selain aksi konsisten bersama Johor Motorsports Racing (JMR), satu lagi sisi dirinya turut ‘naik’,  gaya komunikasi yang cukup lancar dan meyakinkan.

Sebagai antara pelumba muda yang aktif, Putera Jefri sering membawa nama JMR ke pelbagai kejohanan antarabangsa. Malah, musim ini juga cukup signifikan apabila pasukan tersebut menjalinkan kerjasama dengan Chevrolet sebagai rakan teknikal. Menerusi kolaborasi itu, beliau bersama Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bakal memacu jentera Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan.

Langkah ini bukan calang-calang, malah mencipta sejarah apabila JMR menjadi pasukan pertama di rantau ini menggunakan model tersebut. Sebelum ini pun mereka sudah berani ‘switch lane’ daripada AMG ke McLaren,  jadi tak hairan kalau JMR dilihat antara pasukan paling berani bereksperimen.

Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian MURAI kali ini bukan sekadar cerita di trek

Di media sosial, tular beberapa momen Putera Jefri bertutur dalam bahasa Inggeris, dan reaksi netizen? Memang padu. Rata-rata kagum dengan kefasihan serta sebutan beliau yang jelas, kemas dan ada ‘British slang’ yang pekat.

Ada yang menulis, “Fasih betul dia cakap bahasa Inggeris… adinda TMJ nombor lima tak silap saya ni,” menunjukkan betapa ramai yang mula ambil tahu tentang latar belakang beliau.

Tak kurang juga yang membalas dengan pandangan lebih santai, “Semua kerabat Johor belajar di London… nenek dia pun orang British, memang tak pelik kalau slang dia macam tu.”

@prince.jefri.ibra

♬ original sound – Prince jefri Ibrahim

Menariknya, bukan sekadar fasih, tetapi cara Putera Jefri menyusun ayat dan menyampaikan pandangan dilihat matang serta berkarisma. Dalam dunia sukan permotoran yang penuh dengan interaksi antarabangsa  dari pasukan teknikal, media hingga ke penganjur, kelebihan ini jelas memberi nilai tambah.

Bagi MURAI, ini antara contoh figura muda yang bukan saja ‘deliver’ di trek, tetapi juga tahu membawa diri di luar litar. Laju ada, karisma pun ada.

Tak hairanlah nama Putera Jefri kini semakin mendapat perhatian bukan hanya sebagai pelumba, tetapi sebagai personaliti yang lengkap pakejnya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |