Kim Soo Hyun Bebas Daripada Dakwaan ‘Pedofilia’, Bercinta Dengan Kim Sae Ron

7 hours ago 8

Aktor Kim Soo Hyun telah dibebaskan daripada tuduhan mempunyai hubungan dengan mendiang aktres Kim Sae Ron ketika dia masih di bawah umur.

Polisberkata dakwaan itu tidak terbukti dan sebahagiannya didakwa telah dimanipulasi. Satu laporan media Korea Selatan, mendedahkan bahawa polis telah menyemak permohonan waran tangkap untuk wartawan dan YouTuber Kim Se Eui.

Siasatan itu menyimpulkan bahawa bahan yang dimuat naik ke saluran YouTube HoverLab, mendakwa Soo Hyun bercinta dengan mendiang ketika dia berusia 15 tahun, adalah palsu.

Polis juga berkata tangkapan skrin perbualan dan fail audio yang sebelum ini dikeluarkan sebagai “bukti” nampaknya telah diubah suai. Nama dalam perbualan itu dilaporkan telah disunting dan rakaman audio didakwa dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Untuk makluman aktres Sae Ron diketahui telah meninggal dunia akibat membunuh diri pada Februari 2025 pada usia 24 tahun.

Kes itu tular pada awal Mac 2025 apabila HoverLab mengeluarkan gambar peribadi kedua-dua pelakon itu. Dakwanya kandungan itu diperoleh daripada keluarga mendiang aktres itu.

Polis menyatakan bahawa tindakan Se Eui telah memusnahkan hidup Soo Hyun serta merosakkan asas untuk meneruskan kerjaya profesionalnya.

Polis juga mendedahkan bahawa aktor itu masih menjalani rawatan psikiatri. Manakala penyebaran maklumat palsu selanjutnya dibimbangi akan menyebabkan kemudaratan yang serius.

Sementara itu, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Pusat Seoul memfailkan waran tangkap terhadap Kim Se Eui kerana disyaki melanggar undang-undang jenayah seksual berkaitan penggambaran dan pengedaran kandungan secara haram.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |