Che Puan Mahkota Khaleeda Johor Titip Rasa Syukur Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kelima TMJ

11 hours ago 6

Kerabat Diraja Johor baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad.

Agong Dan Raja Permaisuri Dikurniakan Cucunda Ketujuh

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor di Facebook, yang mengumumkan bahawa KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri, anakanda kelima DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Ahad, 5 April 2026.

“Bayi & Saya Berada Dalam Keadaan Sihat…”

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor menerusi hantaran turut memberi makluman bahawa beliau dan puteri yang dilahirkannya itu berada dalam keadaan sihat, selain menitipkan ucapan terima kasih di atas doa dan penghargaan.

“Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami dengan sukacitanya mengumumkan kelahiran selamat bayi perempuan kami. Dengan rahmatNya yang tidak terhingga, bayi dan saya berada dalam keadaan sihat, Alhamdulilah.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas doa dan ucapan yang diterima. Hati kami dipenuhi rasa syukur.

Semoga Allah SWT menerima setiap doa tersebut dan membalasnya dengan limpahan kebaikan dan keberkatan.-tulis Che’ Puan Mahkota Khaleeda

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor diijab kabul dengan Tunku Mahkota Ismail pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu kini dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |