Biasiswa Orang Muda Johor 2026 Dibuka, Peluang ‘Fly’ Ke Universiti Top Dunia!

9 hours ago 9

Debaran keputusan SPM 2025/2026 mungkin baru reda, tapi untuk anak Johor yang pasang impian besar, ini masa terbaik untuk melangkah lebih jauh. Kerajaan Negeri Johor sekali lagi membuka peluang melalui Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ), satu inisiatif yang memang ‘next level’ untuk pelajar cemerlang.

Biasiswa ini bukan sekadar bantuan biasa, tetapi tiket eksklusif untuk menyambung pengajian ke 20 universiti terbaik dunia. Lagi menarik, ia turut menyediakan laluan persediaan A-Level dalam negara sebelum pelajar dihantar ke luar negara.

Apa Itu Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ)?

Dilancarkan sejak 2021, BOMJ merupakan usaha Kerajaan Negeri Johor untuk melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berdaya saing di peringkat global.

Melalui biasiswa ini, pelajar akan menerima tajaan penuh termasuk:

  • Program persediaan (A-Level)
  • Yuran pengajian luar negara
  • Kos berkaitan pengajian

Pendek kata, adik-adik hanya perlu fokus belajar,hal kewangan semua sudah siap cover.

Bila Permohonan Dibuka?

Untuk tahun 2026, permohonan dibuka dalam tempoh yang agak singkat, jadi memang kena alert:

  • 6 April hingga 19 April 2026

Kalau terlepas, memang kena tunggu tahun depan!

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Biasiswa ini fokus kepada bidang yang berimpak tinggi dan diperlukan masa depan, antaranya:

  • Kejuruteraan & Teknikal
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial

Namun, ada juga bidang yang tidak termasuk tajaan, antaranya:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Kejururawatan
  • Kursus profesional seperti ACCA & CLP
  • Kursus berlesen seperti penerbangan

Siapa Yang Layak Mohon?

Nak mohon bukan calang-calang, biasiswa ini memang khas untuk yang betul-betul perform:

  • Lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Mendapat minimum 9A dalam SPM 2025/2026
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun
  • Tiada had pendapatan (semua berpeluang!)

Lebih ‘padu’, pemohon juga perlu skor A untuk subjek-subjek penting seperti:

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia serta satu lagi subjek berkaitan.

Cara Mohon Biasiswa BOMJ

Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi:

Langkah penting:

  • Isi maklumat dengan lengkap
  • Pastikan semua dokumen disediakan
  • Cetak slip pengesahan sebagai bukti permohonan

Bagi murai, Biasiswa Orang Muda Johor ini antara peluang paling ‘rare’ untuk pelajar Malaysia, bukan sebab tajaan penuh, tapi juga peluang untuk tembus ke universiti elit dunia.

Dalam dunia yang makin kompetitif, exposure global memang jadi ‘game changer’. Jadi untuk anak Johor yang ada result power dan impian besar, jangan lepaskan peluang ini. Ini bukan sekadar biasiswa, tapi platform untuk ubah masa depan. Kalau dah layak, jangan tunggu lama, grab peluang ini sebelum terlambat. Siapa tahu, dari Johor boleh terus ‘conquer’ dunia

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |