Sebelum ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai bukan warganegara Malaysia telah melemparkan secawan kopi kepada kru kedai kopi itu pada 9 November lalu.
Terkini, pihak kedai kopi tempatan tersebut tampil memberikan kenyataan rasmi terhadap insiden yang berlaku kepada salah seorang kru mereka dengan menyatakan bahawa kru wanita tersebut masih bersama Zus dan kini dalam tempoh cuti bergaji untuk pulih daripada insiden tersebut.
“Zurista yang terlibat kekal bersama kami dan kini sedang mengambil cuti bergaji untuk pulih daripada insiden tersebut. Kesejahteraan kekal menjadi keutamaan kami.”-katanya dalam kenyataan hari ini
Buat Laporan Polis
Menurutnya, pihak mereka telah membuat laporan polis pada Isnin untuk keselamatan dan privasi kakitangan mereka.
“Zurista kami telah mengalami situasi tegas di premis. Laporan polis telah dibuat pada hari Isnin untuk memastikan keselamatan serta melindungi privasinya.”-katanya
Mohon Orang Ramai Padam Hantaran
Dalam pada itu, ZUS COFFEE turut memohon orang ramai untuk memadam hantaran yang mendedahkan identiti kerana boleh memberikan jangka panjang.
“Insiden ini memberi kesan kepada kesejahteraan mental. Kami memohon komuniti dalam talian membantu memadamkan hantaran yang mendedahkan identiti, kerana penyebaran berterusan boleh membawa kesan yang nyata dan berpanjangan.
“Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku agresif dan kami komited untuk memastikan premis kami kekal selamat untuk komuniti.”-katanya lagi

Ahad lalu, tular satu video yang dirakam oleh seorang wanita dipercayai bukan warganegara Malaysia tidak berpuas hati dengan pesanan yang dibuat di kedai kopi jenama tempatan itu.
Wanita tersebut turut mengeluarkan kata-kata dalam bahasa asing dan melemparkan secawan kopi kepada kru kedai selepas diminta keluar dari kedai kopi itu
Apa komen anda?

2 days ago
13







![[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2216.jpeg)
![[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-“Guna Air Panas Basuh…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2213.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2212.jpeg)





















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)