Nak Renew Rumah Kena Sewa Kereta Sekali? Penyewa Terkejut Dengan Syarat ‘Combo’ Tuan Rumah

5 hours ago 2

Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka

Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah sewa tidak boleh diperbaharui kecuali dia bersetuju untuk menyewa sebuah kereta milik tuan rumah sekali.

Menurut perkongsian di Thread, penyewa tersebut telah menyewa unit berkenaan sejak tahun lalu dan kontraknya bakal tamat dalam masa sebulan. Apabila dia menghubungi ejen untuk pembaharuan, ejen memaklumkan bahawa tuan rumah tidak mahu menyambung kontrak atas alasan mahu melakukan renovasi.

Namun selepas dia sendiri menghubungi tuan rumah, alasan sebenar yang diberikan agak mengejutkan, rumah tersebut hanya akan disewakan bersama sebuah kereta, dan tidak boleh disewa secara berasingan.

“Kalau nak renew, kena ambil kereta sekali,”

Netizen Ada Teori Tersendiri

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan yang pelbagai, malah ada yang mendakwa ia mungkin strategi untuk menampung komitmen bulanan kereta.

Seorang pengguna berpendapat bahawa tuan rumah berpotensi meraih keuntungan tinggi sekiranya penyewa bersetuju dengan pakej tersebut, termasuk menanggung kos penyelenggaraan.

via Thread /@mhmd_danial

Ada juga yang melihat isu ini dari sudut berbeza,  mungkin sebelum ini unit tersebut disewa tanpa petak parkir, menyebabkan kadar sewaan lebih rendah. Justeru, pemilik mungkin mahu “gabungkan sekali” demi memaksimumkan pulangan.

via Thread /@hakeemrazi

Dalam masa sama, terdapat netizen yang mengingatkan tentang kos servis kenderaan jenama Eropah yang lazimnya lebih mahal dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu kitaran penyelenggaraan.

via Thread /@ka_wai91

Tidak kurang juga yang beranggapan alasan renovasi itu sekadar taktik untuk menolak penyewa secara halus.

Sah Atau Tidak? Ini Yang Perlu Penyewa Tahu

Secara prinsipnya, pemilik hartanah mempunyai hak untuk menetapkan syarat baharu sebelum memperbaharui kontrak, selagi tidak melanggar undang-undang atau terma perjanjian asal.

Namun begitu, penyewa juga berhak untuk menolak sekiranya syarat tersebut dirasakan tidak munasabah atau membebankan.

Dalam situasi sebegini, segala terma perlu dinyatakan secara jelas dalam kontrak baharu sebelum sebarang persetujuan dibuat.

Apa yang pasti, kes ini membuka perbincangan tentang trend sewaan “pakej” yang semakin kerap muncul, khususnya di kawasan bandar.

Kalau anda di tempat penyewa ini, sanggup tak ambil sekali kereta semata-mata nak kekal duduk di unit sama?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |