Kalau scroll laman threads sekarang, isu tentang hukum penyertaan KLSCM atau Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon memang tengah panas dibincangkan.
Ada netizen yang terus tanya,
“Bukan ke KLSCM ni haram sebab ada kaitan dengan bank? Kenapa masih ramai join, siap post dekat IG Story lagi? Ada yang frust sebab slot full marathon dan half marathon sold out cepat.”
Soalan macam ni timbul sebab ramai yang nampak tajaan datang daripada institusi kewangan. Jadi terus timbul persepsi kalau ada nama bank, automatik haram ke?
Sebenarnya, isu ni bukan semudah hitam putih. Dan sebab tu perbincangan jadi panjang.
VIA THREADSPenganjur Vs Penaja, Sama Ke?

Yang ramai keliru ialah beza antara penganjur dan penaja.
Untuk KLSCM, acara ini dianjurkan oleh Dirigo Events manakala tajaan utama datang daripada Standard Chartered.
Ada juga yang timbulkan soalan lain, kalau begini, bagaimana dengan acara lain yang ditaja syarikat kewangan atau insurans? Contohnya AIA yang pernah menaja acara larian seperti Score Marathon.
Persoalan ini sebenarnya buka ruang perbincangan yang lebih luas. Ramai yang rasa tajaan tak semestinya bermaksud peserta terus terlibat dalam promosi bank atau produk kewangan tersebut. Tapi ada juga yang berpendapat, kalau nama penaja jelas terpampang dan dikaitkan dengan acara, maka ia tetap ada unsur sokongan tidak langsung.
Jadi, sebab itu wujud perbezaan pandangan dalam masyarakat.
Apa Kata Pandangan Agama?
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-BakriIsu ni sebenarnya pernah dijelaskan sebelum ini dan dirujuk dalam laporan serta penjelasan yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pernah memberi pandangan berkaitan hukum menyertai acara yang dianjurkan atau ditaja institusi berasaskan sistem riba.
Beliau menjelaskan bahawa individu Muslim tidak digalakkan menyertai acara yang boleh menjadi wasilah atau jalan secara tidak langsung kepada perkara yang jelas diharamkan.
Kalau seseorang tahu latar belakang penaja dan tetap memilih untuk menyokong atau mempromosikan secara sedar, maka ia boleh jadi satu perkara yang dipersoalkan dari sudut dosa dan tanggungjawab.
Tapi kalau seseorang memang tak tahu atau tak ambil tahu tentang siapa penaja, maka harapannya mereka mendapat keampunan Allah SWT.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya lebih sensitif dan peka terhadap nilai serta sensitiviti masyarakat Islam. Pastikan program yang dianjurkan bebas daripada unsur yang membawa kepada tipu daya, riba atau perkara yang bercanggah dengan syariat.
Kita Tengok Dari Sudut Realistik

Kalau ikut pandangan MURAI, isu ni memang wajar dibincang, tapi dengan kepala yang tenang. Realitinya, zaman sekarang banyak acara besar memang bergantung kepada tajaan untuk terus berjalan. Tanpa penaja, mungkin kos penganjuran tak mampu ditampung. Tapi pada masa sama, sensitiviti agama dan nilai masyarakat tetap perlu dihormati.
Bagi peserta pula, mungkin ada yang join sebab nak cabar diri, jaga kesihatan atau sekadar sertai event larian yang popular bukan sebab nak sokong bank atau institusi tertentu.
Jadi di sinilah muncul ruang perbezaan pandangan. Ada yang rasa tak mengapa, ada yang rasa lebih baik elakkan. Apa pun, paling penting ialah kita faham konteks sebelum terus menghukum atau menyebarkan tuduhan. Bincang dengan fakta, bukan emosi semata-mata.

9 hours ago
5


![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)