Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

4 hours ago 1

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon terhadap soalan Nedim di Threads.

Nedim menerusi hantaran di Threads sebelum ini bertanyakan kepada netizen mengenai perniagaan yang agak perkahan sepanjang bulan Ramadhan.

“Saya pelik, kenapa bulan puasa semua bisnes macam slow dan tak berapa nak jalan?.”-soal Nedim di Threads

Nora kemudian dilihat memberikan respon bahawa Allah mahukan umat-Nya untuk memberikan fokus kepada ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

“Sebab Allah nak kita fokus pada ibadah. Buang dunia dan fokus akhirat.”-balas Nora Danish di Thread

“Jangan Nak Cari Salah Dia, Dia Sedang Berubah Menjadi Lebih Baik!…”

Walaubagaimanapun, respon Nora kepada bekas suaminya itu menimbulkan reaksi negatif segelintir netizen sehingga membuatkan Nedim bertindak mempertahankan bekas isterinya itu dengan menegaskan bahawa Nora sedang berubah ke arah yang lebih baik.

“Betul la bekas isteri saya yang balas tu, jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik!.

Kalau dia mengingati saya Alhamdulillah, dan kepada yang lain bagi la jawapan korang nak bagi.

Jangan persenda kan seseorang!.”-tegas Nedim di Threads

Netizen Puji!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikapnya yang tetap mempertahankan Nora meskipun mereka bukan lagi bergelar pasangan suami isteri, malah ramai yang menitipkan harapan agar Nora tidak tertekan dengan komen-komen negatif netizen yang dilemparkan kepadanya itu.

“Ah kan bagus lelaki macam gini, Defend wanita walaupun bekas isteri dan masing-masing dah move on. Alhamdulillah.”

“Aku dah kata ni dude greenflag. Siapa tak percaya serang komen aku haritu? Ingat senang ke ex korang nak backup ibu kepada anak-anak kau macam ni. At least takde jodoh sebagai suami dan isteri pun, hormat laa sesama sendiri sebagai ibu bapa yang sama. Ye dak?.”

“Respect boss. Harap Nora tak stress dan dapat faham perangai diorang. Dah banyak artis diorang serang. pantang mana-mana artis update quote nasihat, mesti diorang panas.”

“Terima kasih jadi lelaki yang baik. Mempertahankan ibu kepada anak sendiri walau dah tak bersama lagi. Semoga Nedim dipermudahkan urusan & sejahtera hendakNya.”

Sekadar info, Nedim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nora Danish pada 30 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neqayl.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |