Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam berpuasa, badan sememangnya akan rasa sangat letih dan lesu. Ditambah pula dengan cuaca panas, badan berkemungkinan mengalami dehidrasi.
Dan cara untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi adalah dengan menggantikan semula air yang hilang dalam badan. Selain daripada minum air dengan mencukupi (mengikut apa yang disarankan iaitu 8 gelas sehari), kamu juga boleh makan sesetengah buah-buahan yang mengandungi air yang banyak.
Nak tahu?
Epal
Buah epal boleh membantu mencegah dehidrasi semasa berpuasa. Ia mengandungi sekitar 85% hingga 86% air, menjadikan ia salah satu buah yang terbaik untuk dimakan semasa bulan puasa. Bukan itu sahaja, buah epal juga mengandungi serat yang tinggi dan ianya berkesan dalam mengekalkan tahap cecair dalam badan. Nasihat MURAI, makan sebanyak 2 hingga 3 biji epal sehari.
Oren
Selain kaya dengan vitamin C, buah oren merupakan buah yang berkesan untuk mengatasi dehidrasi kerana kandungan airnya. Dengan kandungan air sebanyak 87%, oren juga dapat meningkatkan sistem imun dan dapat mencegah penyakit semasa berpuasa.
Nanas
Untuk makluman, buah nanas adalah buah yang paling berkesan dalam mencegah keradangan dalam badan. Bukan itu sahaja, nanas juga mempunyai kandungan air yang tinggi, sekitar 86% hingga 89%, dan rasanya yang sangat menyegarkan dapat membantu badan mengelakkan dehidrasi.
Anggur
Buah anggur mempunyai kandungan air yang sangat tinggi, sekitar 80% dan ia menjadikannya sebuah buah yang sangat baik untuk penghidratan. Kandungan air dan serat yang tinggi dapat membantu untuk kekalkan tahap cecair dalam badan.
Tembikai Merah
Buah tembikai merupakan buah yang terbaik untuk mencegah dehidrasi kerana ia mengandungi air sebanyak 92%. Selain itu, buah ini juga kaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium, kalium dan natrium, yang diketahui lebih berkesan dalam mencegah dehidrasi berbanding air kosong.
Tembikai Susu
Dengan kandungan air sebanyak 89%, tembikai susu juga dipercayai dapat meningkatkan tenaga dan mengekalkan paras gula dalam darah. Ditambah pula dengan vitamin A dalamnya, secawan air tembikai susu memberikan 120% vitamin A dari keperluan harian kamu.
Saranan MURAI, selain daripada makan secara terus sebagai buah, kamu juga boleh menikmatinya sebagai jus buah semasa sahur atau berbuka puasa. Semoga bermanfaat!

2 hours ago
1










![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)