Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru untuk tidak membazirkan wang menghasilkan lagu raya.
Eric atau Muhammad Eric Muhamed Fuzi menerusi hantaran di Threads sebelum ini meminta agar para artis baru menguatkan identiti karya mereka dengan menghasilkan banyak ‘single’ kerana orang ramai hanya akan mendengar lagu raya hanya untuk sementara melainkan ianya ‘hype’ dan ‘evergreen’.
“Adik-adik artis baru, jangan bazirkan duit untuk buat lagu raya, gunakan duit tu buat modal untuk single korang, lekatkan pakukan identiti karya korang dulu dekat pendengar dengan hasilkan single korang banyak-banyak.
Kalau mampu, buatlah album. Lepastu baru buat lagu raya. Lagu raya ni orang dengar 2 minggu je, melainkan dia hype dan evergreen. Kalau dah lagu raya korang tu takde identiti, dan sound sama macam lagu raya yang lain, sudahnya jadi apa? Membazir, all the best dalam industri yang nazak ni.”-tulis Eric di Threads
“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”
Salah seorang penyanyi, Aisha Retno atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dilihat memberikan komen dengan menceritakan dirinya yang berfikir banyak kali untuk merilis lagu raya walaupun pernah menghasilkan lagu raya.
“Setuju. Saya simpan duit untuk buat lagu raya dan nak invest tu pun takut-takut, fikir 2-3 kali walaupun dah pernah ada lagu raya.”-respon Aisha Retno

Netizen Puji!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Aisha, malah ramai yang berpendapat lagu raya yang dihasilkan oleh Aisha mempunyai kualiti yang tersendiri.
“Saya suka cara Aisha, tahun lepas dia boleh rilis lagu raya tapi dia decide untuk tak rilis sebab lagu Ketipak Ketipung Raya masih malar segar, dan buat pula lagu raya yang sedap pula untuk TokTi. Semoga terus hebat hasilkan lagu-lagu indah, didatangkan selalu idea yang hebat sebab awak tak lokek bakat.”-Hatta Dolmat
“Love lagu raya adik yang baru.”-Haiza Hanafi
“Sebagai individu yang tidak terlalu teruja untuk raya, lagu raya awak dengan Aziz Harun memberikan saya vibe raya setiap masa bila dengar. Sekarang jadi lagu wajib dengar tiap kali nak raya.”
“Awak another level. Pandai buat bermacam genre lagu dan bukan untuk diri sendiri je, tapi untuk artis lain jugak awak pandai buat lagu. Kita lock next candidate untuk Biduaniti, Sharifah Aisha. Semua Biduanita start dengan S kan namanya.”

2 hours ago
1







![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)


























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)