Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian MURAI, ramai warganet tersentuh dengan perkongsiannya mengenai keindahan bulan Ramadan serta usaha memperbaiki diri demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Dalam hantaran tersebut, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berkongsi bahawa bulan Ramadan dapat membantu seseorang individu dalam mengawal pemakanan dan juga beri banyak kebaikan kepada kesihatan.
“Mengapa saya paling menyukai Ramadan adalah kerana keindahan berpuasa benar-benar menguji dan meningkatkan kawalan diri kita sebagai orang dewasa. Kita tak makan banyak sangat yang baik untuk kesihatan kita. Kita menjadi lebih cergas dan kelihatan lebih baik yang penting untuk keyakinan dan penampilan diri kita.”
Pada masa yang sama, pelakon yang turut ibu tunggal itu turut berpandangan bahawa bulan Ramadan dapat meningkatkan kesabaran diri dan mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T.
“Kita juga belajar untuk mempunyai lebih banyak kesabaran dan kawalan yang lebih baik daripada semua perbuatan buruk yang tidak selaras dengan harapan kita untuk mendapatkan redha dan keampunan Allah. 17 hari lagi sebelum tamat (bulan Ramadan). Tetap teguh wahai saudara saudari Islam.”
Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi termasuklah tersentuh dengan pesanan Nur Fazura. Malah ada juga yang mengakui pelakon itu sebagai ‘role model‘ mereka kerana sering memberikan kata-kata positif kepada pengikutnya.
“Salah satu sebab saya suka @missfazura, motivator yang suka beri kata-kata positif, “pembina keyakinan”, “pembangkit semangat” bila rasa down. Dia @missfazura adalah sumber inspirasi saya, pembina keyakinan dan sering menjadi “penggalak semangat” yang membantu orang lain mengatasi kesukaran. Semoga Allah lindungi @missfazura dan puteri Fatima.”
Perkongsian Nur Fazura itu bukan sahaja menjadi inspirasi kepada kita semua, tetapi turut menjadi peringatan bahawa setiap individu berada dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

2 hours ago
1







![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)


























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)