Jujur cakap, bila MURAI mula-mula pegang dan uji Samsung Galaxy Buds4 dan Samsung Galaxy Buds4 Pro, benda pertama yang terus buat perhatian terarah ialah fungsi “Head Gestures”.
Angguk kepala untuk jawab panggilan.
Geleng kepala untuk tolak.
Nampak simple? Memang simple. Tapi bila dah cuba sendiri, baru nampak kenapa feature ini boleh jadi game changer dalam rutin harian.
MURAI baru sahaja menerima Galaxy Buds4 untuk sesi ujian. Masa pertama kali cuba, rasa macam “Eh betul ke boleh buat macam ni?” Mula-mula memang rasa biasa sahaja. Tapi lepas beberapa kali guna dalam situasi berbeza, terus faham nilai praktikal dia.



Bila Tengah Memandu, Ini Yang Paling Terasa Bezanya

Situasi paling obvious. Telefon ada dalam beg, atau letak jauh dari tangan. Tangan pula fokus pada stereng.
Kalau panggilan masuk, biasanya kita terpaksa capai telefon atau tekan butang pada earbuds. Tapi dengan gesture ini, cukup angguk,terus jawab. Kalau tak mahu jawab, geleng sahaja.
Tak perlu alih tangan. Tak perlu ganggu fokus. Nampak kecil, tapi dari sudut keselamatan memang terasa lebih smooth.
Workout Tak Lagi Ganggu Bila Call Masuk

Bayangkan tengah angkat dumbbell atau lari di treadmill, tiba-tiba telefon berbunyi.
Kalau dulu mungkin kena berhenti sekejap, betulkan earbuds, atau sentuh sesuatu untuk jawab. Sekarang? Angguk sedikit dan urusan selesai.
Peluh pun tak jadi masalah sebab tak perlu sentuh apa-apa. Untuk yang aktif bersukan, feature ni memang terasa natural dalam penggunaan.
Bila Tangan Tengah Penuh Barang

Ini situasi yang hampir semua orang pernah alami. Shopping, pegang beg banyak-banyak, atau tengah angkat barang. Telefon berdering, tapi tangan memang tak free.
Dengan kawalan kepala, pengguna boleh terus respon tanpa perlu letak barang dulu atau cari ruang untuk sentuh earbuds. Ia nampak simple, tapi dalam realiti harian, memang membantu.
Fokus Kerja Tak Mudah Terganggu

Kalau tengah bekerja di depan laptop atau sedang fokus buat tugasan penting, panggilan masuk boleh ganggu flow.
Daripada tergesa-gesa capai telefon yang mungkin ada di meja lain, cukup angguk atau geleng. Dalam beberapa saat, urusan panggilan dah boleh diselesaikan.
Bagi MURAI, ini antara fungsi yang paling terasa bila multitasking.
Travel & Tempat Sesak Lagi Mudah

Di airport, dalam tren, atau kawasan orang ramai telefon kadang-kadang susah nak capai sebab tangan sibuk dengan bagasi atau pergerakan terbatas.
Gesture control buat pengguna boleh jawab atau tolak panggilan tanpa perlu bersusah payah cari telefon. Dalam keadaan bergerak, fungsi ini memang nampak relevan.
Harga & Tawaran Yang Tak Boleh Abaikan
Untuk pasaran Malaysia, harga ditetapkan seperti berikut:
Galaxy Buds4 Pro:RM999 | Galaxy Buds4: RM699
Ada juga promosi menarik. Pembeli boleh dapat diskaun 10 peratus apabila membeli siri Buds4 bersama model terpilih Galaxy S dan Z Series.
Promosi ini sah bermula 26 Februari 2026 hingga 31 Mei 2026, tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Selain itu, pengguna Samsung Members yang layak boleh tebus baucar eksklusif 10 peratus melalui aplikasi Samsung Members. Ia boleh digunakan untuk pembelian sama ada di stor melalui Endless Aisle atau secara dalam talian. Pra-tempah pula sudah dibuka bermula 26 Februari 2026, manakala jualan umum bermula 11 Mac 2026.
Siri Galaxy Buds4 bukan sekadar upgrade audio biasa. angguk kepala mungkin nampak kecil, tapi bila diuji dalam rutin harian, ia benar-benar terasa berfungsi.
Kadang-kadang teknologi yang paling berguna bukan yang paling besar, tapi yang paling memudahkan hidup.

1 hour ago
2

![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)












![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)








![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)