Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di media sosial, baru-baru ini.
Terbaring Kepenatan Kerana Puasa
Che Ta menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat Aaisyah yang masih berpakaian t-shirt sekolah itu sudah terbaring kepenatan di atas lantai kerana berpuasa di bulan Ramadan.
“Puasa bethul 😋. Saya turun tengok-tengok dia lena macam nie je.”-kapsyen Che Ta di Instagram
@rozitachewan1Puasa bethul 😋 #aaisyahdhiarana
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
“Energy Dia Habis Tak Sempat Capai Powerbank…”
Perkongsian Che Ta dibanjiri dengan komen para ibu yang turut mengalami situasi yang sama apabila mengajar anak-anak yang masih kecil untuk berpuasa di bulan Ramadan, malah ramai yang memuji kecantikan Aaisyah yang tetap kelihatan cantik biarpun sedang tidur.
“Anak saya pernah sampai rumah duduk depan pintu buka kasut, saya balik tengok dia tengah tidur terlentang depan pintu, beg ada kat belakang lagi, sian penat 😂.”
“Alahai anak Mat Salleh sorang ni, kesian dia puasa, tengok tidur pun jaga pose ea, on point 😁.”
“Sama la macam anak buah saya, sampai rumah, kami terus la pergi tandas, keluar tandas tengok lahh anak buah tidur macam tu je 😅.”
“Energy dia habis tak sempat capai powerbank.”
“Tidur Pun cantik comel.”
“Jangan kejut, tidur paling best tu kalau terlelap.”
“Makin besar muka dia memang maki nampak Mat Salleh, makin cantik.”
Sekadar info, Aaisyah Dhia Rana merupakan cahaya mata kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Che Ta juga mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Apa komen anda?

7 hours ago
5



![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)
































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)