Dr Izzar Kongsi Cara Paling Cepat Untuk Kurus, Ramai Berfikir Dua Kali

1 hour ago 1

Nama Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani bukan asing lagi dalam dunia media sosial. Selain dikenali sebagai doktor perubatan dan pempengaruh kesihatan, beliau juga suami kepada pelakon jelita Ummi Nazeera. Namun kali ini, bukan kisah rumah tangga yang jadi bualan, sebaliknya kenyataan beliau tentang isu kurus yang buat ramai ‘tersentap’ secara halus.

Baru-baru ini, Dr Izzar berkongsi pandangan yang cukup ‘straight to the point’ tentang cara menurunkan berat badan. Kata beliau,

“Cara paling cepat nak kurus pertama sekali adalah sedar bahawa tak ada cara cepat untuk kurus.”

VIA THREADS

Ha, yang ini memang bunyi macam paradoks, tapi bila hadam betul-betul, memang masuk akal.

Menurutnya lagi, kunci utama hanyalah satu, disiplin. Disiplin dalam menjaga makan, minum dan bersenam. Tegas beliau, tiada produk ajaib yang boleh menguruskan badan seseorang jika asas gaya hidup tidak dijaga.

MURAI suka cara Dr Izzar sampaikan mesej. Tak berselindung, tak jual mimpi. Dalam dunia yang penuh dengan iklan ‘turun 5kg dalam seminggu’, kenyataan sebegini memang terasa jujur dan realistik.

Menariknya, ruangan komen terus dibanjiri reaksi pengikut yang rata-rata bersetuju. Seorang pengikut menulis,

“Paling setuju. Perlu keazaman yang tinggi. Jangan tangguh. Terus buat. Mental kena kuat dan berdisiplin. Secara tak langsung semua itu akan mempengaruhi kehidupan seharian dalam berurusan dengan apa jua keadaan.”

Nampak tak? Bukan sekadar soal berat badan, tapi soal pembentukan karakter juga. Bila seseorang konsisten dan berdisiplin dengan diri sendiri, impaknya pergi jauh termasuk cara mengurus emosi dan tekanan hidup.

Seorang lagi pengikut turut berkongsi pandangan yang tidak kurang padu,

“Setuju sangat Dr. Makan apa pun produk, kalau sendiri tak jaga makan dan disiplin yang jitu, apa-apa produk pun tak ada kesan langsung. Sebenarnya tak perlu ambil supplement pun untuk kurus, cuma jaga makan pun boleh kurus.”

MURAI perhatikan, makin ramai sebenarnya sudah celik tentang realiti ini. Cuma cabarannya, konsisten itu yang susah. Ramai yang semangat di minggu pertama, tetapi ‘tewas’ bila masuk minggu kedua.

Apa pun, mesej Dr Izzar jela, kalau mahu perubahan, jangan cari jalan pintas. Ubah gaya hidup, bukan sekadar beli produk. Kurus itu bukan magik, ia proses.

Macam mana? Setuju tak?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |