Bukan Sistem Down, Tapi Orang Terlalu Ramai?
Tular satu perkongsian di Thread memaparkan beberapa troli pasar raya yang dipenuhi barangan dibiarkan begitu sahaja di tepi-tepi lorong.
Situasi itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila difahamkan keadaan berlaku bukan disebabkan sistem tergendala, sebaliknya kerana jumlah pelanggan yang terlalu ramai.
Menurut individu yang memuat naik perkongsian tersebut, troli berkenaan dipercayai ditinggalkan pelanggan yang sudah penat beratur panjang sebelum membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelian.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan persoalan tentang sikap pengguna serta cabaran yang terpaksa dihadapi pekerja pasar raya ketika waktu puncak.

Netizen Tegur Sikap Tinggal Barang Sesuka Hati
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan meninggalkan troli penuh tanpa menyusun semula barangan ke tempat asal.
Ada yang berpendapat, jika sudah berubah fikiran untuk membeli, adalah lebih baik menyusun semula barangan mengikut kategori.
Bukan sekadar soal tanggungjawab, tetapi juga soal empati terhadap staf yang perlu bersusah payah mengemas semula.
“Masa masuk tu dah nampak barisan panjang. Kalau rasa tak sanggup beratur, mungkin boleh tangguh pembelian.”
Namun, dalam masa sama, ada juga yang menyuarakan isu kekurangan kaunter dibuka ketika waktu puncak. Ada mendakwa walaupun jumlah kaunter banyak, hanya sebahagian sahaja beroperasi, menyebabkan tempoh menunggu menjadi lebih lama.
via Thread /@memey_._
via Thread /@seketulcheda
via Thread /@thefateoffaint
via Thread /@ivesyaaaaaaaaa_Isu Pengurusan Atau Sikap Individu?
Perbincangan ini secara tidak langsung membuka dua sudut pandang iaitu isu pengurusan operasi ketika waktu sibuk dan sikap individu sebagai pelanggan.
Sebahagian netizen menegaskan tidak semua pekerja boleh bertugas sebagai juruwang, walaupun jumlah staf kelihatan ramai. Ada yang mungkin bercuti, berehat atau memegang tugas lain di bahagian berbeza.
Apa pun alasannya, situasi ini jelas memperlihatkan pentingnya komunikasi, perancangan operasi yang efisien serta sikap bertimbang rasa dalam kalangan pelanggan.
Dalam keadaan semua pihak sedang berdepan tekanan waktu puncak, mungkin sedikit toleransi dan common sense mampu mengelakkan situasi sebegini daripada berulang.
Kadang-kadang, perkara kecil seperti menyusun semula barang pun sudah cukup menunjukkan adab dan toleransi.

4 hours ago
3

![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)

![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)
































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)










![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)