Samsung Galaxy Buds4 Pro bukan jenis fon telinga yang hanya nampak cantik dalam gambar. Bila sudah pakai sendiri, ada beberapa benda yang betul-betul buat MURAI rasa “okay, ini memang upgrade yang berbaloi”.
Ini 3 perkara utama yang paling Murai suka.
1. Selesa Dipakai Lama, Tak “Meragam” di Telinga
Benda pertama yang MURAI perasan ialah tahap keselesaannya.
Kadang-kadang fon telinga boleh jadi “musuh dalam selimut”, baru pakai 30 minit dah mula rasa sakit, panas atau tak stabil. Tapi Galaxy Buds4 Pro ini lain sikit. Dia duduk kemas dalam telinga tanpa rasa menekan atau mengganggu.
Samsung kata reka bentuk dia dibina berdasarkan jutaan data bentuk telinga pengguna, dan jujurnya memang terasa hasilnya. Bila pakai lama contohnya binge-watch Netflix, dengar playlist Spotify berjam-jam atau buat kerja, ia masih rasa ringan dan tak mengganggu.
Yang paling penting, dia tak mudah jatuh walaupun bergerak banyak. Jadi memang sesuai untuk penggunaan harian tanpa perlu asyik betulkan posisi fon telinga.
2. Bunyi Lebih “Penuh”, Sedap Walaupun MURAI Bukanlah Pakar
MURAI bukan jenis yang duduk pakar analyse bass, treble atau frequency macam pakar bunyi tegar. Tapi bila sesuatu fon telinga itu sedap, memang sedap.
Galaxy Buds4 Pro bagi pengalaman bunyi yang lebih “hidup”. Bass dia lebih dalam dan bertenaga, tapi masih terkawal tak sampai menenggelamkan vokal atau instrumen lain.
Vokal pun kedengaran jelas, lagu rasa lebih seimbang dan “penuh”. Tak ada rasa bunyi terlalu serabut atau bercampur aduk. Walaupun dengar lagu santai atau lagu heavy, semuanya masih jelas dan sedap di telinga.
Pendek kata, ini jenis fon telinga yang tak perlu setting banyak pun dah terus “on point” bila pakai.
3. Panggilan Telefon Lebih Jelas, Kurang Bunyi Gangguan
Dalam dunia sekarang, fon telinga bukan sekadar untuk muzik, tapi untuk call, meeting dan kerja harian.
Ciri Super Clear Call pada Galaxy Buds4 Pro memang antara yang MURAI rasa berguna. Bila berada di tempat bising macam kafe, jalan raya atau tempat orang ramai, suara kita masih kedengaran jelas kepada pihak satu lagi.
Bunyi latar belakang pula dikurangkan dengan baik, jadi tak ganggu perbualan. Tak ada lagi situasi “eh boleh ulang balik?” sebab suara tenggelam dengan bunyi sekeliling.
Untuk yang selalu buat panggilan kerja atau meeting online, ciri ni memang boleh bagi pengalaman yang lebih lancar dan profesional tanpa perlu naikkan suara atau cari tempat sunyi.
Galaxy Buds4 Pro mungkin nampak macam upgrade kecil di luar, tapi pengalaman sebenar dia lebih kepada “kemudahan harian yang terasa”.
Selesa dipakai lama, bunyi yang sedap tanpa perlu jadi pakar audio, dan kualiti panggilan yang lebih jela, tiga benda ini sudah cukup untuk buat ia jadi pilihan menarik untuk pengguna harian. Harga ditawarkan bermula RM999, dan tersedia dalam 3 warna menarik. Boleh jenguk di pautan ini.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
8





![[VIDEO] Noor Azizah Anggap Malaysia Zalim? Rakyat Beri Nasihat Buat Pelarian Rohingya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-87.webp)































![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)










