Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen?
Jawapannya sebenarnya cukup mudah. Personaliti dan gaya hidup pelakon muda ini dilihat sangat dekat dengan generasi hari ini yang sentiasa bergerak, bekerja dan kekal connected sepanjang masa.
Hidup Meerqeen Memang ‘On The Go’
Meerqeen kini berada dalam fasa kerjaya yang semakin berkembang. Jadualnya bukan sekadar di set penggambaran, tetapi turut melibatkan content creation dan interaksi bersama peminat.
Dalam erti kata lain, memang susah nak nampak dia duduk diam!
Xiaomi melihat karakter tersebut selari dengan apa yang cuba dibawa REDMI Note 17 Series, sebuah telefon yang direka untuk pengguna yang mahukan ketahanan, prestasi dan kebolehpercayaan dalam rutin harian.
Telefon Pun Kena Boleh ‘Keep Up’
Meerqeen sendiri berkongsi bahawa jadualnya boleh bermula dari pagi hingga lewat malam. Jadi, bateri yang tahan lama memang menjadi antara perkara penting untuk memastikan dia kekal berhubung dan menjalankan tugas tanpa terlalu risau mencari pengecas.
Menariknya, REDMI Note 17 Series hadir dengan bateri 10,000mAh dan Xiaomi 100W HyperCharge, dengan tagline “Cas Sekali, Tahan Tiga Hari.”
Bagi MURAI, pemilihan Meerqeen ini bukan sekadar sebab dia popular. Lebih penting, imejnya sebagai anak muda yang aktif, ambitious dan sentiasa mengejar sesuatu memang kena dengan identiti REDMI.
Dengan pelancaran rasmi pada 2 September 2026, kita tunggu pula sama ada gandingan Meerqeen dan REDMI Note 17 Series ini betul-betul mampu jadi ‘power combo’.
Agak-agak, apa kejutan Xiaomi kali ini?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

6 hours ago
4


![[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-16.webp)













































![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

