Kalau anda rasa Kota Kinabalu sudah cukup meriah dengan pilihan hotel dan tempat makan, nampaknya bakal ada satu lagi nama yang perlu masuk dalam radar.
Minor Hotels mengumumkan Avani Kota Kinabalu, sebuah hotel premium lifestyle dengan 352 bilik yang dijangka dibuka pada suku pertama 2027.
Avani Kota Kinabalu Jadi Sebahagian Daripada The Logg Luyang
Hotel ini merupakan sebahagian daripada pembangunan bersepadu The Logg Luyang oleh KTI Landmark. Lokasinya pula kira-kira 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jadi memang mudah untuk pelancong mahupun mereka yang datang atas urusan kerja.
Bagi MURAI, konsep ini nampak menarik kerana Avani bukan sekadar mahu jadi tempat tidur selepas seharian berjalan-jalan. Hotel ini bakal menggabungkan penginapan, makanan, wellness dan ruang acara dalam satu lokasi.
Dari Sabah Hakka Hingga Rooftop Nightlife
Avani Kota Kinabalu akan menampilkan lima venue makanan dan sosial. Antaranya restoran yang mengetengahkan masakan Sabah, Malaysia, Korea dan antarabangsa, restoran Cina berinspirasikan warisan Hakka Sabah serta Lobby Lounge.
Paling mencuri perhatian tentulah SEEN Restaurant & Bar di rooftop yang bakal membawa konsep dining, mixology, muzik dan nightlife ke Sabah.
Kemudahan lain termasuk infinity pool, AvaniFit gym serta ruang mesyuarat dan banquet.
Dengan pembukaan ini, Avani akhirnya membuat debut di Sabah. MURAI rasa, kalau semuanya berjalan seperti dirancang, hotel ini berpotensi jadi salah satu spot baharu yang cukup ‘hype’ untuk staycation, makan-makan atau sekadar lepak dengan view Kota Kinabalu.
Sabah, get ready!
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

7 hours ago
4




![[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-16.webp)













































![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

