Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

4 hours ago 1

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh dengan menggunakan pakaiannya itu.

Ainul Aishah Minta Pendapat Orang Ramai

Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya itu selepas rakan selebriti yang juga pelakon, Ainul Aishah bertanyakan pendapat orang ramai mengenai pembantu rumahnya yang gemar bersolek sehingga meminta-minta pelbagai benda kepada majikannya itu.

“Nak tanya experience korang yang ada maid. Saya tak banyak experience. Ni pertama kali dapat maid direct dari ejen. Dah 2 bulan ada pembantu. Pembantu ni dia suka melawa, minta skincare set, minta beli foundation, set mekap, subang, lip gloss sampai pening kepala nak melayan.

Lepastu suka ambil ayam sekali masak untuk dia sorang 4-5 ketul ayam. Saya pula beli ayam organik sebab saya ada anak kan. Kita ni tak sampai hati la bila dia minta. Tapi betul ke apa yang dia buat ni?”-kongsi Ainul Aishah di Threads

“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Tudung, Mekap, Duit…”

Fatin Afeefa kemudian memberi respon dengan berpendapat pembantu rumah Ainul itu bermasalah selain menceritakan pengalamannya berhadapan dengan pembantu rumah yang sanggup mencuri pakaiannya dan membawa lelaki masuk ke kediamannya itu.

“Red flag, hantar dia pulang. Pembantu rumah saya yang lama berperangai seperti pembantu rumah kamu. Muda lagi. Saya tolerate sebab fikir, kesian dia kat sini sorang-sorang. Setahun saya layan perangai dia.

Kemudian saya perasaan, dia meniru saya. Mencuri pakaian saya, tudung, mekap, duit dan lebih teruk berani bawak lelaki masuk ke rumah saya.”-kongsi Fatin Afeefa di Threads

Sanggup Rakam Video Tidak Senonoh

Bukan itu sahaja, pembantu rumahnya itu sanggup merakam video yang tidak senonoh dengan memakai pakaiannya ketika dia sedang mandi selain membawa lelaki masuk ke rumah secara senyap.

“Mula-mula pakaian, Berikutkan akan sesuatu yang lebih besar. It rarely goes backwards. Bekas pembantu rumah saya buat video menari memakai crop top dan pakaian saya, dan anak lelaki saya dalam video tu.

Mind you, saya bekerja dari rumah. Dia lakukan itu ketika saya sedang mandi. Saya faham awak mempunyai hati yang baik, jadi saya juga pernah lakukan yang sama. Dia bawa lelaki curi-curi masuk masa saya kat rumah tau. Hanya kerana saya terlalu baik. Dah kena halau baru la kantoi semua video dengan baju saya semua.”-tambah Fatin lagi

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |