Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana beberapa gambar dan video Jefri telah tular, menampilkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita yang didakwa kekasih baharunya.
Perkongsian itu dibuat oleh pemilik akaun Threads @nabil_ahhhhh, memaparkan momen yang agak romantis beserta kapsyen ringkas, “Sayang” dan tag kepada Jefri Nichol.
Foto – @nabil_ahhhhh (Threads)Gambar dan video hitam putih tersebut telah mencetuskan spekulasi bahawa hubungan Jefri dan pempengaruh Malaysia, Ameera Khan telah berakhir.
Perkongsian tersebut dengan serta-merta mendapat perhatian orang ramai, apabila kebanyakan pengguna platform tersebut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi termasuklah mendakwa bahawa Ameera mempunyai pelbagai kelebihan berbanding berbanding wanita tersebut.
“The downgrade lol. Ameera is classier, prettier and richer.”
“Dia (Jefri) nampak rendah nilai dan tiada sempadan. Standard langsung tiada.”
Namun apa yang mencuri perhatian MURAI adalah komen dalam dialek Kelantan yang terdiri daripada sindiran dan gurauan di perkongsian tersebut.
“Bebi tok espek nok kena tingga gini sebab beby ingak he is the wang.”
“Uwaa lucu comment Indonesia di penuhi sek kelatey. Mendonia sek kito.”
“Ameera kelingi dio pun kelingi jugok!”
“Tapi thank God la Meera buke denge dio ni. She deserves someone yang buleh lead her to be a better person buke hok konoha gini.”
Untuk rekod, pelakon Jefri Nichol dan pempengaruh Ameera Khan dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sekitar akhir 2021 dan pernah putus pada Oktober 2021. Namun mereka kembali bersama pada Mac 2024 dan akhirnya putus sekitar April 2025 apabila kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

1 day ago
9










![[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/5.webp)




















![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)


