Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna semasa bercuti di London, England.
Dalam banyak-banyak perkongsiannya itu di Instagram, MURAI tertarik dengan kisah pengalaman Rita dan anak-anaknya menunaikan solat Subuh di sebuah tempat yang tidak diduga iaitu tepi mesin perbankan automatik (ATM).
Berdasarkan hantarannya itu, Rita mendedahkan mereka terpaksa menunaikan solat di tepi mesin ATM kerana kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di London tiada mempunyai surau atau masjid.
“Perjalanan harini 2 jam 1/2. Singgah RnR nak Subuh. Sini takde surau. Tapi mommy cari port baik punya tepi mesin ATM.”
Foto – @ritrud727 (IG)Tambah pelakon itu lagi, walaupun mereka bergilir-gilir untuk menunaikan solat, orang sekeliling tidak memberikan pandangan jelek malah menghormati mereka.
“Tengah mommy solat, kedai depan mula beroperasi. Depa bukak kedai. Orang-orang sini senyum je. Tak marah, takde nak pandang sinis ke. Begitulah adab. Tak kira apa pun agama, be kind to everybody.”
Dan apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memuji sikap tiga beranak itu.
“Alhamdulillah. Didikan yang bagus. Solat tiang agama. Utamakan solat dalam apa jua situasi.”
“Sis ni memang layak dapat ikon wanita. Sangat baik didikan Kak Rita bagi. Dari sekolah, agama dan dunia selari. Kak Rita seorang wanita yang kuat.”
“Entah kenapa bila tengok pic dan video ni hati rasa sebak. Sedih ja. Tahniah kepada sis @ritrud727 atas didikan kepada anak-anak mu. Semoga menjadi insan yang berguna dan hebat di dunia dan akhirat. Aamiin.”
Hantaran Rita menunjukkan bahawa tiada surau atau masjid untuk menunaikan solat, tidak menjadi alasan untuk seorang Muslim meninggalkan ibadah.

1 day ago
8































![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



