Tular sebuah video di TikTok dengan kapsyen ringkas, “day 1 jadi bahan assignment”, tiba-tiba mencuri perhatian warganet apabila memaparkan situasi yang cukup mencuit hati.
Seorang pesakit di katil hospital dikerumuni sekumpulan individu berpakaian lab coat, dipercayai pelajar perubatan bersama seorang doktor.
Rakaman itu dipercayai dibuat di sebuah wad hospital berkaitan institusi pengajian tinggi, dengan ramai beranggapan ia mungkin melibatkan sesi pembelajaran amali atau clinical round.
Secara tidak langsung, pesakit tersebut menjadi subjek perbincangan atau case review dalam proses pembelajaran pelajar.
Rakaman itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman hampir sama ketika menerima rawatan di hospital.
@4adepday 1 jadi bahan assignment 😌 #fyp #unikl
♬ original sound – azfarheri – azfarheri
“Kalau Ramai Sangat, Maknanya Kes Rare”
Ruangan komen dipenuhi perkongsian peribadi warganet yang pernah melalui situasi hampir sama. Ada yang mengaku gelabah apabila pelajar terlalu banyak bertanya kepada doktor, sampai tahap keyakinan terhadap rawatan sendiri pun goyah.
Paling mencuit hati, ada juga yang berkongsi detik kurang selesa apabila prosedur serius dibincangkan secara terbuka di hadapan pesakit, termasuk isu amputasi sehingga menambah tekanan emosi ketika sedang menahan sakit.
via TikTok /@-
via TikTok /@tirashmishu
via TikTok /@AchikBelajar, Bukan Eksperimen
Menariknya, perbincangan tidak kekal satu hala. Beberapa individu yang mengaku sebagai pelajar perubatan dan kejururawatan tampil memberikan perspektif mereka.
Menurut mereka, pesakit tidak pernah dianggap sebagai bahan eksperimen, sebaliknya insan penting yang membantu membentuk doktor lebih baik pada masa hadapan.
Ada juga yang mengakui rasa bersalah apabila terpaksa ‘mengganggu’ pesakit untuk bertanya soalan, namun ia merupakan keperluan wajib untuk penilaian dan peperiksaan.
Malah, kes-kes yang jarang berlaku diakui sebagai peluang pembelajaran yang sangat bernilai walaupun mereka sedar ia mungkin mengganggu ketenangan pesakit.
via TikTok /@Febrilefit(c)Humor Ringan, Isu Besar
Dalam dunia sebenar hospital, latihan klinikal adalah asas penting untuk melahirkan doktor dan jururawat yang kompeten. Namun, pada masa sama, pengalaman pesakit juga tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang rapuh.
Akhirnya, di sebalik tawa dan komen santai, wujud satu perumpamaan, belajar itu penting, tetapi rasa kemanusiaan juga perlu sentiasa jadi keutamaan.
Dan bagi pesakit, semoga cepat sembuh, dan semoga ‘assignment’ itu sekurang-kurangnya datang dengan doa.

21 hours ago
8































![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)



![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)







![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



