[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut

6 hours ago 8

MURAI selalu kata, bahasa Arab bukan sekadar bahasa, tapi jambatan ilmu dan budaya. Boleh faham, boleh bercakap, kita bukan saja dapat akses ilmu agama dan sejarah, tapi juga lebih mudah berhubung dengan masyarakat seagama di seluruh dunia. Jadi bila MURAI ternampak video ini, terus rasa kagum!

MURAI baru je ter-scroll video viral TikTok akaun Ero76, terus terhenti sekejap bila nampak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sedang fasih berbahasa Arab dengan sekumpulan pelajar. Memang MURAI pun terkejut tengok.

VIA FB Fadhlina Sidek

Dalam video tu, pelajar dari Universiti Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) di Perlis nampak agak speechless bila disapa dalam bahasa Arab. MURAI boleh bayangkan reaksi mereka, mulut terkumat-kamit cuba jawab, mata melilau.

Netizen pun tak terkecuali bagi komen, semua positif. Ada yang tulis,

“Dia sekolah universiti Mesir, dia bekas hakim mahkamah Syariah serta pensyarah di universiti Islam.”

Ada juga yang kata, “Alhamdulillah… bagusnya boleh berbahasa Arab… mana yang baik kita sokong dan raikan walaupun berbeza pandangan, apatah lagi kita ni saudara seagama.” MURAI rasa, memang respect betul tengok menteri kita macam ini, humble tapi power ilmu!

Kalau nak tahu sikit background Fadhlina, beliau start dari Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih, lepas tu sambung ke Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Hulu Langat pada tahun 1994. Kemudian, Fadhlina terus ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dapat LLB + LLB Syariah pada 2002. Tak berhenti situ, sambung lagi dapat LLM dari UKM pada 2008. Memang ilmu dia mantap, no wonder boleh berbahasa Arab dengan lancar!

@ero__76

Terkejut kami perlajar unisiraj ketika disapa oleh menteri pendidikan dalam bahasa arab#kpm #unisiraj #unisirajdihati

♬ original sound – PPU – PPU

Sebelum menceburi bidang politik, Fadhlina aktif sebagai aktivis dan peguam, menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam dan kebajikan kanak-kanak. Beliau juga mengasaskan firma guamannya sendiri, Tetuan Fadhlina Sidek & Associates. Memang nampak jelas beliau bukan calang-calang orang, pengalaman luas, ilmu mantap, terus ke politik dengan aura yang mengagumkan.

MURAI cuma nak kata, respek habis! Sesekali tengok menteri kita macam ini memang buat kita rasa bangga, bukan sebab politik, tapi sebab ilmu dan cara beliau bawa diri. Kalau jumpa, jangan lupa ucap salam Arab ye!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |