[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

1 day ago 9

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman tema Disneyland di Paris.

Kongsi Fazura di Instagram, turut memaparkan dia sedang mendukung Fatima di salah sebuah taman tema yang bertemakan cerita Disney itu turut menitipkan rasa syukur selepas berjaya merealisasikan hasrat puteri tunggalnya itu.

“Kami tiba di Disneyland Paris, Alhamdulillah satu lagi impian menjadi kenyataan untukmu sayangku, Nur Fatima Aisya.”-kongsi Fazura di media sosial

“Kuatnya Fazura Dukung Anak Dia Kat Bahu..”

Perkongsian Fazura dibanjiri dengan komen netizen dan rakan selebriti yang berkongsi rasa gembira melihat momen indah ibu dan anak perempuannya, malah ramai yang memuji kekuatan tubuh badan Fazura yang mampu mendukung anak perempuannya yang telah berusia lima tahun itu.

“Enjoy kak Faz ❤️❤️.”-Siti Khadijah Halim

“Alhamdulillah Best nye nyamma!! So happy for mommy n nyamma! ❤️❤️❤️.”-Hatta Dolmat

“Pergh gitu je pikul Fatima kat bahu.”

“Kuatnya Fazura dukung anak dia kat bahu. Hurm kenapa aku tiber rasa sedih. Tak kisahlah apa orang nak kata, tapi kuatnya seorang ibu demi anak dia.”

“So happy Faz dengan Nyamma. Nampak betul ikhlas seorang ibu pada anaknya. Sedaya upaya seorang ibu membahagaian anaknya. Part dukung Nyamma tu agak sedih. Sebab sepatutnya sosok seorang ayah yang buat begitu. Tapi sudah takdir. Moga Faz jumpa orang yang tepat, baik dan soleh selepas ini. Yang sedia membahagiakan Faz dan Nyamma seikhlas hati sehingga ke Jannah.”

Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syaria Petaling.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |