Usaha memperkasa Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memasuki fasa baharu apabila kajian menyeluruh berkaitan penambahbaikan insentif dan ganjaran kepada anggota sukarela yang aktif menyertai latihan akan dilaksanakan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, berkata langkah itu bertujuan menyuntik semangat baharu serta menarik minat lebih ramai orang awam untuk menyertai Angkatan Sukarela ATM, selain memperkukuh penglibatan anggota sedia ada.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim AliMenurutnya, kajian itu juga melibatkan kriteria pencalonan tauliah kehormat, bagi memastikan individu yang dilantik benar-benar memberi sumbangan strategik dan impak bermakna kepada ATM, bukan sekadar simbolik.
Struktur, Dasar & Latihan Turut Disemak
Dalam perkembangan sama, Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela Se-Malaysia ke-19 turut bersetuju agar bengkel penyelarasan khas dilaksanakan bagi menstruktur semula dasar, polisi dan peraturan melibatkan peruntukan, pentadbiran, latihan serta mobilisasi Angkatan Sukarela ATM.
Via Facebook rasmi Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Pendekatan ini dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan pasukan berkenaan kekal relevan dan bersedia menghadapi keperluan semasa.
Sasar Golongan Belia, Promosi Ikut Zaman
Menariknya, sidang turut menekankan keperluan mempelbagaikan kaedah promosi yang lebih efektif dan efisien, termasuk penggunaan media arus perdana dan pendekatan selari dengan pemikiran moden, khususnya bagi menarik minat golongan belia.
Ringkasnya, naratif Angkatan Sukarela ATM bukan lagi hanya bersifat konvensional, tetapi bergerak seiring perubahan zaman. Old school values, new school delivery.
MKN Dicadang Jadi Ahli Tetap
Sidang berkenaan juga melihat keperluan melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai ahli tetap SPJP bagi menyokong konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS).
Langkah ini dijangka dapat memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan negeri dan ATM dalam pengurusan keselamatan negara.
Sekadar info tambahan, SPJP Angkatan Sukarela ke-19 menghimpunkan 23 ahli terdiri daripada pengerusi jawatankuasa pendukung negeri atau wakil masing-masing, dan diadakan semula selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015.
Pendek kata, dengan insentif yang lebih menarik, promosi lebih segar dan struktur yang diperkasa, Angkatan Sukarela ATM kini bersedia untuk ‘level up’.

1 day ago
10


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)










