Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

8 hours ago 7

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media sosial. Antaranya, gambar dan screenshot yang kononnya menunjukkan arwah rebah di airport Jeddah.

Tapi MURAI nak cakap ni, jangan cepat percaya semua yang viral, sebab kebenarannya lain sikit.

Tinjauan MURAI baru-baru ini, suami arwah, Muhammad Kamarul Kabilan, tampil buka cerita sebenar melalui Facebook. Menurutnya, video yang menjadi rujukan ramai itu tidak wujud buat masa sekarang.

“Another misleading ‘fact’… untuk pengetahuan semua, bukti video tersebut tidak wujud buat masa sekarang,” tulis Kamarul.

Permintaan Keluarga Untuk Video Tidak Diluluskan Lagi

MURAI faham, ramai yang curious nak tahu apa sebenarnya berlaku. Kamarul jelaskan, keluarga secara rasmi telah memohon kepada kerajaan Saudi, melalui kerajaan Malaysia, untuk dapatkan video itu,  khas untuk keluarga sahaja. Permintaan dibuat kerana arwah hilang pada 15 Januari.

Malangnya, permohonan itu belum diluluskan sehingga mereka pulang ke Malaysia. “Mereka ada protokol, polisi dan prosedur sendiri. Contohnya, kalau orang dewasa hilang, polis hanya boleh terima laporan selepas 24 jam,” jelasnya.

Keluarga akur dengan prosedur tersebut walaupun rasa sedih dan kecewa tetap ada.

Kematian Arwah Berdasarkan CCTV, Bukan Video Tular

Kamarul menegaskan bahawa kematian arwah disahkan oleh pegawai Saudi melalui rakaman CCTV, tetapi video itu tidak ditunjukkan kepada keluarga, dan tiada maklumat lokasi tepat kejadian. Jadi, sebarang kenyataan atau posting yang mengatakan arwah rebah di lokasi tertentu adalah tidak benar. Yang sahih hanyalah, arwah dibawa keluar menggunakan stretcher ke ambulans dan mendapat rawatan perubatan segera.

Masa Kematian Yang Tepat

Keluarga juga menjelaskan kekeliruan berkenaan waktu kematian. Dalam posting anak mereka, Myraa, ditulis sebagai jam 8.05 malam, satu kesilapan kerana mereka menerima berita kematian melalui Wisma Putra pada 12.17am, 18 Jan 2026.

Waktu rasmi kematian menurut hospital di Jeddah adalah 8.07am (waktu Jeddah) atau 1.07pm (waktu Malaysia). Jadi, walaupun lokasi tepat tidak diketahui, waktu kematian dapat dipastikan dengan tepat.

MURAI rasa, melalui kenyataan Kamarul ini, jelaslah banyak maklumat yang tersebar adalah tidak tepat. Walaupun sedih, keluarga tetap mahu fakta sebenar dikongsi supaya tularan berita tidak memudaratkan arwah mahupun orang ramai.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |